20160322

reflection knocks 2: Reassurance

Salam sore:)

{playing: Us against the world- Daniela Andrade; Sway- Bic Runga}


Kita takkan pernah menang sorang-sorang. Takkan mampu buat semuanya sendiri-sendiri. Tanpa orang lain hulur tangan, tanpa orang lain jengukkan kepala ke arah kita. 


" Puan tak nak tengok ke saya buat? Hehehe" itu nada mengajak cam gedik sikit haha tapi  dengan technician perempuan kira acceptable la 

" Manjanyeee, bukan dia yang buat ni. Technician tolong buatkan," kata technician perempuan lain yang ada kat tepi tu. 

Maka kita hanya sengih dan ber-hehehe je (still gedik haha tapi who cares haha -- again, acceptable okay)



{np: Make you feel my love-Adele}

" Doctor, should I remove more?"
" Doctor, I'm done with cavity prep. Is it okay?"
" Doctor, I'm not sure about this. Can you check for a while?"
" Doctor, it is okay?"
" Alright?"


Belajar. Kalau bukan namanya pelajar, agaknya tak ada lah kita kat sini. Dah terbang merata kot, dah busy dengan clinic sendiri kot, dah masuk ke zon perang kot, dah masuk military kot, haha kot la. Tapi sebab namanya student, masih mengheret-heret doktor ke chair dan tengok usaha kecik kita yang entah lulus entahkan tak. Masih perlukan supervision orang yang dah bergelar doktor dan prof. Masih perlu ditunjuk-tunjuk, dibetul-betulkan, ditegur sini sana lagi. Hey selagi hayat dikandung badan kot, life-long learning katanya kannn


Tapi kita sedar, kadang tu, all I need was reassurance.

Yang everything is okay. Yang what I am up to is normal. What I am doing is right. That I am in the right place, at the right moment, doing the right thing. 

Just wanted to be reassured.

That this is alright. That being here is okay.

(btw, sampai bila nak fikir macam ni ni? tak habis lagi ke thoughts camni? ----tak, belum habis lagi)


Tu je. Nak ditengok-tengokkan. Nak ditunjuk-tunjukkan. Nak dibetul-betulkan. Nak ada orang yang tengok apa kita dah buat, dan tolong betulkan kalau salah, tolong ajarkan kalau silap, tolong ingatkan kalau lupa, tolong beri kalau takde ilmu. Dan make our heart rest in assurance. Still, nak feel at peace.

Samalah, kerja klinikal ke, kat lab ke. Still rasa dependent on others untuk beri tunjuk ajar kepada kita yang nak berlatih-latih bangun ni. Semoga tiap-tiap usaha orang yang mengajar apa jua untuk kita, diberi kebaikan yang setimpal atau lebih baik, di dunia dan akhirat.

 ---- and now, tetiba cakap pasal ni: sharing  -- the best doa untuk bagi to who ever yang buat baik kepada kita, sebagai balasannya, instead of cakap terima kasih (plainly) or being thankful to Allah (cam Alhamdulillah semata-mata), add up with something -- jzzkhair.

Why? Kalau jazakAllah je? -- tak cukup lengkap. Semoga Allah membalas. Je. Balas apa?
Go more, jazak Allahu khayran. Biar perfect sikit doa kita bagi kat orang tu. Semoga Allah balas kamu dengan kebaikan. Kan sweet tu, ngehngeh

Quoting google:

Jazāk Allāh (Arabic: جزاك اللهُ‎) or jazāk Allāhu khayran (جزاك اللهُ خيرًا) is a term used as an Islamic expression of gratitude meaning "May Allāh reward you [with] goodness." The phrase jazak Allah itself is incomplete.

Therefore, jazakAllahu khayran everyone. Semoga Allah balas semua pertolongan kalian dengan kebaikan. 


Terus, apa lagi?

Hmm isu pentingnya itulah --- reassurance. Dah lama dah terdetik dalam hati, tiap-tiap kali dalam life. To whoever yang terbeban dengan tugas memberi kata 'ya', 'betul', 'dah okay dah tu' and etc, ketahuilah bahawa anda begitu berjasa dalam memberikan keyakinan dan ketenangan dalam jiwa-jiwa insan yang masih perlu dipimpin jalannya. Maka bergembiralah, anda sudah berbakti. Jzzkhair :)


Kebetulan (yang mungkin tak kebetulan pun sebenarnya), harini until this verse yang buat sebak --- because things are not easy and clearly the heart is not at peace, and thus iman also):




"... Yaa ayyatuhan nafsul muthmainnah..."


“Hai jiwa yang tenang! Kembalilah kamu kepada Tuhanmu dengan hati yang rida lagi diridai-Nya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu dan masuklah ke dalam surga-Ku.”


“O soul that is at rest satisfied. Return to your Lord well-pleased (with Him), well-pleasing (Him). So, enter among My servants, and enter into my Paradise”.


(Al Fajr 98:27-30)


Wahai jiwa yang tenang!
Hmm, pujuklah, Allah. Pujuklah hati kami-kami ini.

Pulang dengan hati yang rida. Dan Dia rida.
Hmm, nangislah hati, nangis.


-- Begitulah hidup. Mahu ada yang menenangkan. Manusia menenangkan urusan dunia. Dan Tuhan tak pernah lupakan kita, tak lupa untuk pujuk kita (walau kita asyik lari dan makin jauh dari Dia), tak lupa untuk tenangkan kita yang pura-pura sibuk dengan dunia semata-mata ini, untuk kita yang kusut ini -- agar kita tenang dunia dan akhirat. Allah pujuk dan mahu kita tenang bukan di dunia saja, Dia nak kita tenang kat akhirat juga ... tapi kita banyak dosa:(

Nak nangis. Bye.

-- Sayang Allah, sebab Allah tak pernah tak sayang kita, Nak jiwa kita tenang sini dan sana. Sobs.


No comments: