Salam tengah malam, tengah pagi. Salam emosi.
Diterjah dengan satu soalan yang sama dalam tiga empat hari. Kemudian, disogok dengan kebuntuan untuk berada di tiga tempat pada masa yang sama. Ah, kecil sangat soalan mulanya tadi. Ada sesuatu yang lebih besar harus difikir di sini. Mungkin untuk hari ini. Maaf maaf maaf tiada jawapan untuk sesuatu yang kita sendiri tidak pasti. Kalau didekatkan, maka moga ianya baik buat dunia akhirat kita. Jika dijauhkan, moga ianya tetap baik buat dunia akhirat kita. Itu saja doanya.
Sekarang, dalam kebuntuan, another life event. Sudah terakam sejak Mac tahun ini lagi. Tak apa, kita sedang melaluinya dengan kebuntuan juga. Moga semuanya biasa-biasa dan tiada apa-apa saja. Amin. Ini saja doanya.
Dan kerana ujian-ujian inilah, maka terujilah kesabaran dan ketabahan takungan air mata. Ditanya soalan kecil satu, kita lebih sibuk merasakan kebesaran dan kegusaran hati memikirkan soalan besar satu. Maka tanpa sedar, bertakunglah air mata dan larilah kita memujuk diri. Ah apakah emosi ini.
Berilah berilah berilah keberkatan dalam masa dan segala yang kami lakukan sehari-hari. Beginilah doa yang sepatutnya.
Semoga tabah dan kuat dan positif dan sanggup menitiskan air mata dan yakin dengan takdir dan senang pujuk diri dan cepat cari the bright side, mirara.
Keep loving and hating yourself,
Rain ecece ;p
No comments:
Post a Comment