20150827

Good bye hello note, love

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum.


I miss me.

Jauhnya rasa. Macam dah jauh pergi bawa diri. Padahal masih pijak tempat yang sama. Siapa sangka, dah masuk hayat lain pula. Tak tahu nak cakap apa. Syukur, tapi pada masa yang sama, nak lari. Masih. Masih nak lari macam dulu juga. Hmm (tetiba rasa nak nangis) tak tahulah apa patut kita cakap. Bersyukur tu memang ada, sebab kita tak sangka kita akan ditolong sampai ke stage ni, tapi dalam hati masih berpusing-pusing dengan soalan yang sama, mempersoalkan takdir. I don't know me, I am sorry. Doa sekarang, semoga hati takkan mudah luka sangat sampai nak menangis tiba-tiba. Dan moga dalam celah-celah kegelapan hati dan jiwa tu, Allah takkan tinggalkan kita dan terus bimbing untuk suluh cahaya agar ilmu boleh masuk walaupun sempit ruang hitam ni. Maaf maaf maaf, selama ni (dan sekarang pun masih) berjiwa gelap. Apa kebaikan yang masuk selalu sesat dan akhirnya terdiam dalam kegelapan ni. Maaf, maaf pada diri kerana tak mampu bersihkan kehitaman ni semua. Sekarang kita slow-slow tengah sapu-sapu sampah yang menyesakkan ni ke tepi. Tolong bagi ruang dan masa, tolong clearkan area ini.

A little more lonely, a little hard hearted

Dan tertanya juga, apakah semua ini? Entah, emosi rindu nak menulis mungkin. Habis semua keluar serentak tak mampu nak tahan. Bercampur semua, dimuntahkan sekaligus. Jimat tenaga haha

Anyway, this is the time mungkin. A post of appreciation kepada jiwa-jiwa yang didera dan tak pernah dihargai selama ni hehe


Untuk I memang nama sebenar, yang ni memang tak habis menulis la jawabnya. Thank you sebab tabah selama ni dan untuk masa depan, selamat bertabah dengan saya haha. I love you, I. Haha short and sweet gitu.

Terima kasih, I, sebab selalu ada dan kalau awak lari pun, thanks sebab akhirnya awak patah balik ajak saya lari sesama haha. Sungguhpun proses menunggu awak patah balik dan muncul semula tu kekadang menyakitkan hati dan buat kita jadi sedih, still, terima kasih sebab cari saya. Kita sama-sama nak lari dari kenyataan hidup, patutlah Allah temukan kita berdua sejak dulu lagi haha. Dari tudung maroon sesama, sampai setem 20 sen yang kugigihkan korek dalam laci memana ntah semata untuk hantar sekeping surat yang gaya menulis cam hahahhahambar (contoh ayat dalam surat mostly, tengah-tengah cerita ... Eh saya nak pergi tengok tv kejap, nanti saya tulis lagi .... dan ayat seterusnya adalah ....ala cerita tak best pulak .... blablabla hahha kelucuan apakah daku ini haha!), kemudian saat sama-sama bertudung putih berlencana sama untuk kali kedua lepas beberapa tahun tak jumpa (nangis bila ingat saat pelukan awkward first time jumpa balik depan kelas haha), kemudian konon terpisah tapi tak jadi dan end up habiskan setahun juga memanjat tangga kejayaan yang sangat tinggi tu haha dan akhirnya, eh mungkin belum akhir -- episod lari-lari dan sekarang, masing-masing sedang lari setempat di uni masing-masing haha. Comel la kita hahah no doubt! Terima kasih sebab masih setia berlari bersama saya haha semoga nanti kita berdua sampai ke garis penamat dengan air mata gembira, I. Jaga diri, jangan denatured banyak sangat. Haaaaaa tetiba teringat tagline yang satu tu hahah love youuu (serius, Allah je tahu banyak mana hehe).


Untuk semua insan bernama M, P, B, B, B, N, D, L, N dalam hati ni, takde limit dan words yang boleh describe semua ni. Nangis je mampu haha maaf ciyyam memang cengeng duhh! InsyaAllah every experience we went through, shapes us, InsyaAllah in a good way. Sorry if there are times things didn't go our way and we turned out worse. (Tetiba dah sakit tekak macam ada lump hmm nak meraung la tu senyap-senyap dalam selimut sambil tutup hidung taknak ada bunyi hmm bye sedih pulak jadinya)

I love you and I pray that we will stay together till Jannah (sungguhpun bunyinya cliche, ini doa jujur dan of course, haruslah ada air mata menagih nak keluar).


Untuk Z, S, A dan H, sungguhpun kita terkadang makin jauh, terkadang jadi dekat balik, terima kasih. Terima kasih sebab sanggup melayan kanak-kanak bersuara kasar ini dalam babak-babak drama kita haha. Terkadang rasa jauh, terkadang rasa dekat. Terima kasih yuyi (eh, this sounds so wrong 'cause ,,, hehe) Thanks perempuan-perempuan baik. Walau sorang jauh ke negara bersalji dan ada dataran lawa dihiasi dengan bangunan gah cam disney haha, sorang asyik memanjat tanah dan membelah laut, sorang sudah hampir ke hari melempar topi petak, dan seorang masih berjuang untuk mencabut gigi orang di sana, insyaAllah suatu hari nanti semua akan jumpa balik. Hmm rindunya. Terima kasih kawan-kawan, love love.


Untuk A, Z, dan S yang walaupun sekarang kurang contact, terima kasih sebab bawa orang yang menulis ini tengok dunia melalui cermin lain. Terima kasih sebab wujudkan suasana berjemaah yang awkward pada mulanya, hidangkan dengan cerita Al-Fatih dan Nabi Khidir, dan tunjukkan warna air mata saudara kita yang jauh dan ditindas. Mungkin kalau tak duduk bersama dulu, masih tebal ignorance dalam jiwa ni. Jaga diri semuanya, bakal penjaga kesihatan orang dan pembina dan pembangun negara. Terima kasih sebab bawa kenal Tuhan melalui manusia, dulu.


Untuk U, M (dan G yang sudah lost contact tapi tadi baru kami sebut-sebut), terima kasih sebab asyik buat lawak hambar especially M haha. Tadi U baru share lawak keperluan menyamak sebab digigit anjing dari M mengada ni. Terima kasih sebab cakap kami segak dan bawak kami tengok salah satu keajaiban dunia melalui namamu, M (nak tengok Taj Mahal tak mampu lagi haha tengok ikut nama yang disebut-sebut pun boleh). Terima kasih sebab asyik bising saja dengan kawanmu yang hambar ini, terima kasih.



Untuk A memang nama sebenar, terima kasih. Terima kasih sebab dulu pernah beberapa kali mengingatkan apa yang terkadang kita lupa. Heh, entah apa halnya kita dulu pun tak tahu haha pantang ditegur sekali begitu, terus melenting (tak tahannya, still menulis tu haha). Mungkin juga kerana caranya vague sangat, mesejnya pun tak sampai. Takpelah, sebab akhirnya mesej tu sampai juga masuk dalam hati, walaupun caranya tak tahu macam mana, tapi berjaya menoreh hati ini hahah ouchh pedih okay. Hmm takpe takpe, kebaikan tu, kalau betul nak disampaikan, akan Allah sampaikan juga, kan kan? (Sungguhpun rasanya macam A takkan baca ni, tapi takpelah, terima kasih A.) Maaf jugak kalau kita terus jadi sombong sejak dari hari itu. Haha orang yang memang dah sombong ni dah jadi makin sombong sekarang haha. Sungguh, maaf ye kalau ayat bual-bual pun bunyinya macam serius semacam naga lapar, maaflah. Rasanya keseriusan seperti ini lebih baik heh. Kenapa, kenapa? Entah, sebab barulah rasa ada haaaa limit! Mungkin sebab pernah tersentak dulu, maka kita dah ambil precaution sikit haha tapi takpe, kawan still kawan. Takde smiley takde gelak haha bukannya ukuran. Respect tu sentiasa ada. 

Now talking about respect, haa panjang pulak jadinya. A, tahniah. Tahniah sebab berjaya panjat tanga slow-slow dan akhirnya sekarang dah sampai hmm, tempat tinggi. Dulu dah respect dah, Sekarang makin respect. Rasa macam nak kena dongak dah sekarang kalau nak tengok orang bernama A ni haha. Keep being yourself, mesra dengan semua orang (as in, semua orang tak kira siapa -- serius respect yang ni), informatif (haha pelik benar bunyinya tapi tak A lah kalau tak tahu update benda-benda penting ni kan haha) dan selamat berbahagia menaiki tangga kejayaan. InsyaAllah akan kupanjat juga tangga yang sama walaupun mungkin lebih slow geraknya hehe



Untuk Q, T, A, A H dan I, terima kasih dan selamat menerima saya haha. Jaga saya baik-baik please haha. Kita akan bergaduh, jangan risau haha. Dan kita juga akan tolong dan tolong gelakkan sesama kita nanti. Selamat menepuk-nepuk bahu kalau saya terjatuh lagi. Kadang rasa malas nak bangun, terima kasih tolong sepakkan. Semoga kuasa-kuasa wanita perkasa ni akan memaksa kita untuk panjat juga walaupun penat dan hati berbelah bahagi. Dan semoga Tuhan jaga dan bawa kita sama-sama naik pentas di hari yang sama insyaAllah. Maka jangan lupa sedekahkan gigi untuk temanmu ini kalau ada lebih ye haha



Mungkin sampai sini dulu. InsyaAllah kalau panjang umur, panjang jodoh, ade lah kan (ehh ada apa? he he he) Sudah-sudahla tu, ku katakan selamat tinggal sudah. Maka see you soon bang, when we are better or barangkali, tak sempat jumpa pun hahaha

Anyway, yang tiada di sini, anggaplah dirimu ada dalam doaku. Maafkan orang yang selalu hilang ingatan ini, sesungguhnya Allah lebih mengetahui. Maafkan salah silap saya dan ketahuilah bahawa sesungguhnya bertemu anda (walaupun mungkin tak pernah face to face) adalah kebetulan yang tiada kebetulan melainkan dengan kehendak Allah untuk lebih mengenal ciptaan-Nya. Terima kasih semua, jaga diri. Jangan lari laju-laju sangat, nanti jatuh.

Dan jangan lupa, kalau jatuh tu, sapulah ubat. Ubat yuyi pun boleh tahan la. (ehem, okay bye). Assalamualaikum :)


p/s: Dan ku tak tahu kenapa air mata menitik lepas baca balik apa yang kita tulis ni, jaga diri semua, i love you dan jangan lupa, Allah loves you more. Bye, nak tidur sambil kesat air mata haha

No comments: