20130402

Home, in memory and dust

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum :)

This is going to be a long, emotional post.
A long, emotional one, personally - with tears.




Hari Jumaat lepas, 29 Mac 2013., pagi tu kami buat kerja macam biasa di rumah. Kemudian join anak sedara main-main. Bila dapat berita dari kampung, kami terus pecut balik. Melawat saudara yang sakit. Mulanya memang niat kami nak bermalam di kampung, teman nenek yang tinggal sorang-sorang tu. Tapi sebab takde baju semua, kami balik semula ke rumah petang tu. 

Malam itu kami balik lagi ke kampung. Saya dan mama. Kami beli tomyam, untuk nenek. Nenek dah lama teringin nak makan tomyam, so malam tu kami makan bertiga walaupun dah pukul 11 malam. Tak lama lepas tu, kami semua mengantuk. Saya start terlelap depan tv. Mak ajak tidur. Nenek tidur dengan saya kat katil dia yang berkelambu kat luar bilik tu. Mama tidur kat katil satu lagi. Nyenyak saya tidur haritu. Tak terasa pun nyamuk gigit.


Esok mandi kat tandas dengan air sejuk kemudian beli nasi kerabu jauh di Melor. Lepas makan, kami melawat lagi sedara yang sakit. Rumah dia sepuluh sebelas langkah je daripada rumah nenek. Berdiri dalam rumah pun boleh nampak rumah dia. Lepas tu kami balik kubang kerian. Dalam pukul 1040 pagi gitu.


Ahad 31 Mac 2013 saya kalut ke kelas pagi tu sebab tidur di rumah semalam. Pukul 12 tu saya tengah bergelak-ketawa jalan-jalan cari makan. Pukul 130 saya sampai ke bilik, baru tengok telefon.

Ada mesej cakap ada berita sedih. Rumah nenek terbakar. Hangus. Lima rumah keliling tu semua hangus. Nenek selamat.

Mesej tu kakak saya hantar dalam pukul 1220 lagi.

Senyap terkedu terkejut sedih terus menangis dalam tandas.


Telefon papa, papa cakap “ dah takde ape dah. Tinggal tiang je. “
Telefon mama, mama cakap, “ kita dah takde dah tempat nak balik on weekends, ya. “



Petang tu saya balik dengan mama papa yang baru balik dari balai polis. Baru balik dari sana, singgah untuk sembahyang dulu kat rumah. Mama cerita. Sedih. Mama tunjuk gambar. Sedih. Google berita online, ' Lima pondok sekolah agama hangus terbakar '. Apa-apa lah tajuk, pointnya masih sama. Sedih. 

Kat rumah, mama suruh ambik beg. Letak baju nenek yang ada sepasang dua. Tak sedar, saya lap mata yang berair. Too sudden, sekelip mata je semua hilang. Kami ambik semua yang perlu untuk nenek. Maghrib tu, kami sampai kat kampung. Lalu depan masjid tu, nampak kerangka tiang je. Sedih.


Dalam kereta, bila mama tiba-tiba tercakap pasal what’s going to happen after this, pasal benda-benda yang kami ubah kat rumah nenek lately, bercucur air mata saya kat seat belakang.

Kami ke rumah mak sedara, kat kampung tu juga. Ke hulu kampung tu sikit. Nenek ada kat situ. Baru sudah mandi, nak solat. Tengok nenek jadi sedih.

Nenek tunjuk banyak-banyak plastik ada baju, ada telekung sembahyang yang sedara-sedara bagi. Sedih.

Sepupu jauh dari penang pun balik dan sampai maghrib tu jugak. Semua berkumpul depan tv tengok berita. Tengok video, tengok api. Tengok kerangka yang tinggal.


Sedih berjemaah.



Ada sedara yang datang lepas tu ramai-ramai. Ada yang tak tahu pun, lepas tengok berita, baru tahu dan cepat-cepat datang. Dalam keadaan tu, sedih terangkat.

Bila orang dah bersurai dan mula balik, kami pun siap nak balik. Duduk belakang nenek. Nenek di pintu rumah sepupu itulah.

Dia senyap, tak banyak cakap apa. Macam asyik berfikir je. Sedih.


Dia cerita sikit-sikit. Mama bagi report polis. Cakap akan balik lagi esok (harini) lepas selesai urus hal pejabat sebelah pagi. Nenek senyap je. Sedih.


Dia cakap, waktu rumah sebelah start terbakar, dia kat luar rumah. Dia tengok rumah sebelah terbakar. Rumah tu dekat sangat dengan rumah dia. Nak bagi makanan ikut tingkap je pun boleh. Bila api dah start marak, orang tarik nenek pergi ke masjid, kat sebelah perempuan punya. So dia tak tengok dan tak nak toleh belakang pun untuk tengok. Dia tak nak tengok rumah dia waktu api tengah marak bakar rumah dia.


I cried.
Even mama dah cerita dah before sampai kampung, I cried again.



Nenek saya, sehelai sepinggang, keluar dari rumah, menyapu depan rumah. Api datang, bakar dan poof, semua Dia ambik balik. Takde apa-apa tinggal. Sorang-sorang :’(

Ada someone cakap, rasanya pakcik haji cakap, kita ingatkan kita tinggalkan rumah sebab dia kan keluar dan takde kat rumah waktu first terbakar. Rupanya rumah yang tinggalkan kita :’(

Nenek pula cakap, macam mati. Semua benda-benda tu seolah-olah terkubur kat situ. :’(


Dia cakap, waktu api start marak ke rumah sebelah-sebelah, orang-orang lelaki dah mula ramai. Mula-mula tu takde sesape pun kat situ. Diorang ramai-ramai azan sampailah api jadi slow sikit. Waktu tu, lima-lima rumah dah hangus.


Rumah-rumah tu bukan orang asing pun. Semua tu bersaudara. Yang sebelah-sebelah tu semua rumah sedara-mara kami jugak. Semua hangus takde apa-apa.



------

It's a small matter to others, but it's not to us. How does it feel to lose a home? A shelter? A place where we belong?











Sejak lahir, di sinilah kami. Tadika pasti Islam depan rumah waktu lima tahun. Bangga gila sebab duduk baca buku dalam pasti tu pun boleh nampak pintu rumah nenek. Sekejap-sekejap, nenek datang jenguk kat tingkat pasti. Lepas waktu balik, lari kat tangga rumah minta duit nak beli aiskrim kat rumah sebelah. Rumah pakcik &makcik haji, yang lumpuh yang dalam berita tu.

Kalau adik, dia akan suruh nenek masak meggi untuk dia. Lepas tadika habis, duduk kat tangga hijau tu, makan meggi. Petang tu, pergi mengaji dekat rumah orang lain kat kawasan yang lebih biasa disebut as pondok.

Di atas tangga hijau tu, kami berguling-guling. Waktu maahad tahfiz tu ada lagi, waktu kami umur lima enam tahun, around 1999, kegedikan mula terdidik di situ. Waktu orang balik sembahyang jumaat, bila budak-budak or abang-abang tahfiz ni balik sembahyang, mulalah kami berlari naik masuk rumah.

Ada abang Firdaus ni, yang tak tahu umur berapa dah sekarang, budak maahad tahfiz itu la. Selalu kacau kami, budak-budak kecik perempuan yang gegedik walaupun masih kecil. Nenek mesti marah kalau dia nak start kacau kami.

Dia pernah tulis Ila Ida Mira Nina ’99 kat kayu kat tingkap pasti kat depan rumah nenek dan tingkap rumah sebelah. Even dah bertahun, ada lagi bekas-bekas marker ke pen ke liquid entah diorang guna nak ukir nama kitorang kat situ :’) Sekarang, semua dah takde dah.

Kalau dulu malam-malam, waktu diorang gerak dari masjid nak ke asrama diorang belakang rumah nenek, mesti kitorang yang gegeds ni kemain excited. Duduk tepi dinding rumah papan itulah. Tiba-tiba ada kertas masuk ikut celah papan tu. Haa kecik-kecik dah pandai bergegeds dan ada secret admire hehe.

Memory at omma’s are irreplaceable.














Satu tahun tu, cuma saya dan adik tak ikut pergi thailand ke ke mane entah. Yang lain semua pergi. Kami duduk kat rumah nenek. Waktu tu kami kecik lagi, berapa tahun entah. Tapi I remember clearly bila diorang balik, pintu rumah dibuka. Lampu kat tangga tu bersinar sangat. Sampai bila diorang naik, macam gelap sikit sebab sebenarnya diorang beli patung garfield warna kuning besar gila. Kenangan.







Raya kami tiap tahun, setiap first day raya, kat rumah ini. Tempat berkumpul semua anak-beranak. Lepas semayang raya, semua orang macam dah tahu, the first place to go is rumah nenek. Depan masjid, terus diserbu.

Malam raya kami akan balik. Kemudian dalam malas, goreng kacang tanah, angkat bila dah terhangit, gelek-gelek atas penapis ke dulang rotan ke ape, pastu tup tup kita tertidur. Esok nak mandi semua berebut tandas. Yang stay kat rumah waktu raya, dialah paling sibuk. Kena iron baju semua, pastu rush siapkan biskut dan semua la.

Lepas orang balik, pergi rumah mak sedara yang nenek stay sekarang tu la. Makan makan, pastu semua akan balik dan confirm tidur berjemaah di setiap bahagian rumah tu. Kat luar depan tv, tidur sederet. Kat tengah, tidur bergelimpangan kat situ. Pastu ada yang extreme tidur atas katil dalam bilik.

Begitulah raya kami setiap tahun di rumah nenek. Tahun ni? :’(














(Haa yang tingkap banyak-banyak itulah pasti Islam kami - selamat, tak terbakar)







Personally, dalam kesedihan dan kemurungan saya fikir, maybe ini salah satu hikmah why I’m here. Saya kan selalu nak relate benda yang terjadi dengan takdir, so here is my conclusion :

Allah nak saya stay sini, balik sekerap mungkin (dan memang kerap juga lah) ke kampung dan stay di sana kalau boleh on weekends. Itulah yang saya dan mama biasa buat on weekends, at least kami akan balik la every friday. Even sabtu lepas pun. Tup-tup hari ahad Allah nak ambik semuanya.

That’s what I'm trying to believe.















Surely, we’ll cry non-stop bila terfiir pasal ni. Kat sini la saya dan adik biasanya dipaksa untuk stay every year at least selama sebulan waktu cuti sekolah. Memberontak gila kitorang. Setiap tahun, adalah event wajib bagi kami bila tiba cuti sekolah akhir tahun untuk balik dan stay kat kampung.

Waktu darjah lima enam camtu kot, kami demand gila. Nak stay boleh, tapi kena bawak komputer sebijik letak kat kampung. So kami main la the sims kat kampung selama vacation kami di sana. Sampai satu waktu, keyboard tu pun rosak sebab kami semangat sangat main tricks the sims dan games.

Last vacation kami di sana, mungkin waktu nenek buat makan-makan dan maulud haritu kot. Tak pun waktu mak sedara meninggal dulu. Entahlah.

Mama suka bila cerita, at least sumayyah sofiyyah dengan usamah dah spend last weekend kat rumah nenek. Sempat masuk bilik dan panggil katil berkelambu tu khemah, main gelongsor atas katil, mandi air hujan dalam toilet, main puas-puas kat sana. Sekarang dah tak boleh :’(









Semalam sofiyyah cakap bila sampai, “ Rumah mok (nenek) takde dah, dah hancur dah. Esok kita buat rumah baru la untuk mok. Mok nak warna ape ? “ :’)

Sumayyah pun sama, cakap “ Rumah mok takde dah, “


Waktu nak balik tu, Sofiyyah semangat cakap kat abi dia, “Abii, esok kita kena beli rumah baru untuk mok ! “ :’)



We’ll miss our childhood memories there, semuanya sepanjang hidup kami. Ini bukan rumah yang baru tumbuh semalam. Ini lah rumah yang sama yang mama pernah belajar pakai pelita waktu sekolah rendah dulu. Rumah ini rumah sejak berzaman dah. Semua kenangan dan sejarah ada kat sini.


Tengok piring slide gambar kat mekah pakai kamera merah yang click kat tepi tu, tabung dinasour cokelat, gambar-gambar mama waktu sekolah, benda-benda yang ada sejak dulu, semua barang-barang, semua lesap dalam debu dan api.








Tengok gambar lepas terbakar, tengok teguhnya tiang oren tu berdiri, tengok atap zink yang jatuh, tengok dinding oren merah yang tak hancur hangus, tengok bekas kawasan dapur, tengok dinding kat toilet, Allah, menangis tak sudah. 








Nak tidur semalam pun, tengok video yang tv3 tunjuk, dengan api segala, menangis tersedu-sedan. Takleh bayang macam mana nenek kat kampung waktu nak tidur tu. Mesti dia pun dok fikir benda sama dan menangis :'((





Kun fayakun. Lemahnya kami untuk terima takdir ini. Mungkin sebab ia berlaku terlalu cepat, tak disangka-sangka. Sebab kami baru je ada kat sana, kami baru je tidur kat sana. Esoknya, dalam masa sehari, dalam waktu sama dengan waktu kami bertolak balik ke sini, hangus.

Saya tak pernah ada life-changing incident semacam ni. Ini rasanya yang paling dahsyat yang pernah saya rasa. Macam hilang something yang terlalu besar. Hilang tempat kami membesar, tempat kami bermain, ini macam hilang rumah kami.

Setiap kali teringat, laju je air mata tiba-tiba keluar. Rupanya kami semua sedih dan menangis bila start fikir pasal ni. Sedih ini cuma Allah yang tahu. Kesedihan dalam terkejut bila dapat berita semalam, semua tu tak dapat digambarkan. Allah knows.


Bila difikir, ini baru rumah. Dan kenangan. Allah masih sayangkan kami. Allah masih sayangkan nenek. Allah tahu limit kami mungkin setakat ini je. Jadi Allah masih melindungi nenek. Nenek selamat, walau tiada apa-apa yang tinggal. Allah masih selamatkan nenek, alhamdulillah. Dia tahu kami mungkin tak mampu nak hadapi kehilangan yang lagi besar dalam satu tempoh yang sama.







Ini baru dunia. Kalau kita mati, macam mana? Kalau tiada apa-apa nak bawa balik, macam mana? Mungkin Allah nak ketuk pintu hati kita untuk kita fikir balik.




I wonder if, i'm strong enough to go back and pergi melawat tempat kejadian. With omma besides me? Can i..?

Since now, it's hurt to remember and to see those pict. No more a place called Omma's home. Rumah tu walapun panas siang hari, malam sangat sejuk.





I dont think the place will ever be the same. I dont think I ll able to see it in the same way. A mourn. A test. This is it.



I wonder, just where would we go during weekends from now on, huh? Seriously.



Know why we are still mourning? Because it's not simply a rumah-nenek, it's our home as well. And the truth hurts us too.



Semoga ada hikmah menanti. It won't rain forever, right? Semoga Allah tabahkan hati kami walau mungkin banyak tangisan sendu mengiringi. We believe in His plans, because He knows and we know not.

Semoga nenek tabah, semoga kami tabah, semoga keberkatan Allah lebih dekat kepada kami selepas ini, amin. Permudahkan segala apa yang sukar ya Allah. Amin.








This is not an ordinary house. Not just a granny’s house. It’s our home. 







No comments: