20130314

Nomnom

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum :D


Apa masalah diri ini yang asyik nak duduk dan keliru alahai nak buat apa petang-petang hari semacam ini? Padahal dalam diri berkecamuk ceh berputar-belit rasa yang susah untuk diterangkan dan obviously sangat complicated untuk diluahkan ceh ceh. Maka di sinilah kita cuba menyampaikan sesuatu.



Tahukah anda, pada suatu hari tidak kurang tujuh hari yang lalu, saya disibukkan dengan hal keluarga sebagaimana seperti hujung minggu biasa. Seperti seharusnya juga, saya pulang bermalam di rumah memandangkan rumah saya kan jauh terbelah dek lautan dari tempat saya belajar. Jauh mata memandang rumah, jauh lagi tempat belajar kakak-kakak dan adik saya jika dibandingkan dengan saya. Maka iya, pulanglah saya. Dan seperti biasa juga, kepulangan saya bermakna, ayuhlah kita melestarikan rumah dan dalam erti kata lain, tinggalkanlah segala kerja soal pelajaranmu jauh-jauh kerana di sinilah rumahmu, bukan tempat belajarmu.


Maka tertinggallah segala kerja saya. Turut ditinggalkan di situ adalah tabiat pada detik-detik konon cemas untuk memeriksa jika terdapat apa-apa pengumuman yang dihebahkan melalui facebook. Maka agak ketinggalanlah saya di rumah sungguh pun dihiasi dengan wireless dan tiada penghuni lain yang menggunakannya selain saya, ibu dan ayah. Haa sweet tak? Saya selaku anak tunggal, turut memikul tugas sebagai anak tunggul yang duduk bersahaja di rumah. Sungguh indah terasa bila sayalah yang membasuh baju, menyidai dan mengangkatnya seorang diri. Ah indahnyeee.


Oh isi penting di sini adalah cerita soal sesuatu ini. Pada hari yang saya sibuk dengan hal di kampung itu, saya terlepas sesuatu. Eh, terlepas ke? Mungkin sebenarnya bukan terlepas. Mungkin perkataan sebenarnya adalah berlalulah sesuatu itu melepasi saya. Haa jeng jeng jeng. 


Sekilas pandangan saya, saya sekadar pandang nak tak nak saja. Dalam hati, saya berkira-kira juga sebenarnya. Kalau dalam drama cliche, saya mungkin memegang watak perempuan mencabut-cabut bunga apa-apa saja asalkan merah helai per helai tanda keliru nak ke tak nak. Ada sedikit scene-scene keliru dengan diri sendiri dan gedik nak menghancurkan bunga di situ sebenarnya. Maka, dalam sikap endah tak endah itu, saya katakan tidak kepada sesuatu itu.


Ditakdirkan Tuhan, saya mendapat tahu melepaskan sesuatu itu bermakna saya meninggalkan sesuatu pula. Maka sedih berempat musimlah saya seorang diri sambil menyoal kembali diri saya. Banyak monolog yang bermain dalam fikiran saya termasuklah hingga ke saat ini. Dan tidak mampu saya nafikan, mungkin saya akan terus memikirkan soal ini sehingga suatu hari nanti, datang pula sesuatu yang seperti ini atau saya hilang ingatan, maka saat itu, terlupalah saya untuk memikirkan soal ini lagi.


Setelah difikir-fikir lama, saya berpendapat sesungguhnya belum tiba saat untuk kita bertemu ecewah. Silalah terguling-guling bergolek di atas lantai. Kita tunggu peluang seterusnya, insyaAllah panjang umur, adalah nanti.



Di kesempatan ini juga, saya berbesar hati ingin mengucapkan Happy Fighting untuk semua yang terlibat dalam Dental Intervarsity 2013 yang akan berlangsung pada 16 Mac ini di Universiti Malaya. *drumrolls* Alangkah lebih indah jika kalian menyampaikan salam saya kepada Shera di UM dan Zaty di UKM, sebab alang-alang kalian melawat UM dan UKM besok, kan ada juga sesuatu untuk dibawa bersama? Haha okay gurau saja. Tapi salam tu serius. Fuuuhh, moga sampailah salam ini kepada mereka.




HAPPY FIGHTING EVERYONE !

Oh ya, dan untuk Amira Azreen, semoga anda dapat mengelegakkan hati dalam dewan PUMA besok kalau-kalau ada poem penyuntik semangat bervoltan tinggi dibaca besok malam. Semoga kita dapat bertemu Fatehnya nanti, insyaAllah amin.


Sekian saja berita bahasa melayu hari ini. 
Selamat menjamu selera semua.
HAHAHA :D
















 Assalamualaikum,:)





1 comment:

fatin.n said...

hujung minggu di rumah sebagai anak tunggal? eh, samalah kitaa...