20131203

this gonna haunt you for another four years, or more

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum.

Beberapa minit sebelum pukul 12, bangun dan pergi beritahu doktor kita dah siap. Walaupun sebenarnya tak siap sangat; proximal kita tak lepas. Doktor datang dan tolong betulkan. Tengok sini, tengok sana. Lastly doktor ambik kertas untuk tanda markah restoration kita. Tiba-tiba dia terperasan kita tak mintak sign dia untuk letak matrix band, which kita ingat takpe je nak proceed dengan restoration tanpa tunjuk matrix band, which obviously against the rule of cons exam harini. So dia tak isi kotak tu and bawak je kertas tu. And kita kaku je kat seat. Pastu start jatuhkan bur holder dengan semua bur jatuh berterabur kat lantai. Sabar, kata dalam hati. Allah knows best, no?

Datang balik lepas tu untuk kira total mark practical sebelum ni. Since banyak ethics & knowledge tak tanda lagi, masuk minta sign dengan doktor lain pula. Doktor tanya, exam pagi tadi camne? Kita cakap, hmm okaylah kot. Dokotr tanya lagi, kenapa awak selalu lambat ya? Hee kita senyum je. Dia cakap bernada tanya, haritu pun kita sampai final extra class pun baru nak siap kan? Haa kita kata. Doktor tanya kenapa? Tak tahu nak reply apa, so kita cam senyap-senyap je. Doktor tanya lagi, sebab skill ya? Hmm kita setuju. Dalam hati kita kata, insyaAllah boleh develop skill ni lelama. Practice makes perfect, kata kita dalam hati. Doktor tanpa nada, cakap, kalau rasa tak ada skill, keluar je lah.

Senyap.

Senyap. Hilang kata. Hilang rasa. Tak tahu nak rasa apa. Tak tahu nak buat ekspresi muka camne. Tak tahu nak reply apa kat doktor.



Doktor bukan suruh kita keluar dari bilik dia. Doktor kata, keluarlah dari sini. Keluarlah dari dentistry. Keluarlah dari tempat ni. Keluarlah dari usm. Keluarlah dari course ni.

Senyap.


Kita diam je kaku kat situ. Doktor sambil tangan terus tanda kotak-kotak kosong dalam buku kita sambung lagi, katanya senior year 4 pun ada yang keluar, sebab takde skill nak buat cons ni. Dia cakap, membazirlah kan, dah empat tahun tiba-tiba nak keluar? Kita dah ada roh balik kot, so kita reply, hmm. Lepas tu kita dah lupa apa yang jadi. Kita keluar dari bilik doktor. Muka tak tahulah kalau nampak tenang, tapi dalam hati, Allah je tahu.


Harini macam …

You’re having a hard time. You wish you’re dead. You met someone and he/she said to you, just go and kill yourself.


Lepas kewarasan datang, dalam hati terdetik, terima kasih doktor. Doktor dah buat saya fikir balik benda yang saya dah pernah fikir dan cuba lupakan.

So … are we gonna stay?

Dah sampai bilik, boleh pulak terfikir, so kita nak bazirkan 2 tahun ke .. 4 tahun kat sini?



Knowing myself, I know, at least untuk seminggu ni (atau dua), scene ni akan terus replay dalam kepala bila-bila masa je. Air mata sangat ada tendency untuk tumpah di mana-mana saja kalau ter-affected dengan scene ni in the future. Semoga amira azreen akan ketatkan hati sampai jadi feelingless tak rasa apa-apa kalau benda ni tiba-tiba kacau, amin.


“You may not end up where you thought you’d be, but you’ll end up right where you’re meant to be.”


:’] Perhaps, this isn't my place pun. At least, that’s what I’m feeling now. And yet, this is not the end. So, for now, tempat ni memang bukan untuk kita pun. We’ll end up somewhere else, surely. Ini tempat kita singgah kejap je. We’ll leave soon. So, even if we’re here, this isn’t the end. Perhaps, this is not where I’m meant to be. Perhaps, ada tempat lain yang baik untuk kita. Tapi, kita teringat kita pernah cakap kat someone, “If you’re not meant to be here, then why did Allah opened the door and let you in, in the first place?”. Mungkin betul, mungkin tak. We’re meant to be here, because He sets so. And yes, it’s Him too yang buat kita lalui semua ni. Kun fayakun, no?


So, for now (at least for today), I’m gonna stay. Dan tengok how long will I survive kat sini. Because He is forever with us, so my rationality at this moment cakap, we’ll stay. Kita tengok how much can we take before kita betul-betul angkat kaki dari sini. And because we prayed to Him, kalau sesuatu benda tu baik untuk kita, maka tolong dekatkan benda tu dengan kita dan dekatkan kita dengan benda tu. Dan kalau benda tu buruk untuk kita, maka tolong jauhkan benda tu daripada kita dan jauhkan kita daripada benda tu.



Semalam, selepas semua kalut-kalut balik lewat ke bilik, walaupun kita cakap harini ada exam practical, mama cakap, “InsyaAllah, Allah tolong. InsyaAllah, Allah tolong.”


Dan harini, …. we are going to stay …. sebab mom said so and we believe, Allah knows best kenapa kita kat sini dan kenapa kita rasa nak lari dari sini dan walaupun kita tak pasti, we are putting our trust in His plans walaupun for a few seconds, kita rasa kita tak patut ada kat sini. Put your trust in Allah, amirazreen, Dia akan rencana yang lebih baik daripada apa yang kita fikirkan, insyaAllah. Please, have faith.





No comments: