20130919

Tiang besar is a human too, sorry.

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum:)

Ini entri minggu lepas;


Wednesday was my running day. Tuesday was my rush and reunion day. Monday was my psychologically surprising day. Sunday was my bright day and yet so dim.


Wednesday- 

Bangun dengan separuh bersemangat dan separuh tak ready. Sepuluh minit ambil, letak, tengok dan 
reflect. Satu minit interval tu pandang sekilas kat kertas tanpa perasaan. Kemudian ulang balik. Akhirnya penat sorang-sorang di pagi hari lalu terasa mahu give up dengan diri sendiri. Tinggal saja atas katil. Belek-belek kertas konon-konon fokus. Setiap kali pusing ke katil, confusion datang sekali lagi. Panah diri sendiri.

Bila dah bangun, tangan terus ambil dan proceed with the plan. Whatever may happens, let it be.

One side of me cakap what’s up dengan apa orang nampak? Takyah kisah. Do whatever you want to do.

The other side of me reply, I do care. And that’s why I’m not going to proceed with the plan.

Maybe as an escapism bila situasi macam ni ada, I tend to do apa-apa je tanpa perasaan. Because it’s hard to do certain things without considering others’ perceptions and it’s complicated to stop doing certain things just because we are considering others’ evaluations on us.

So for that day, I choose to proceed with the plan, leaving my negative thought aside. Well, at least, tolak ke tepi sikit for a few seconds. Jalan saja tanpa perasaan yang tebal walaupun ada sejemput rasa awkward dengan diri sendiri. Maybe that’s what life is all about for that day.


Dalam kejanggalan, things gerak macam biasa. Lunch tiba dan kejanggalan makin menebal bila benda yang kita tak nak jadi, terjadi. Now that’s so cliché. I’m not sure if I’m good at pretending tapi I keep on pretending. Pretend untuk tak nampak tiang besar is sort of impossible tapi itulah yang terjadi. 

Jalan terus tanpa pandang kepada tiang besar yang berdiri teguh di sisi tanpa perasaan, ah sungguh berpura-pura rabun kita pada hari itu. Kusangkakan itu saja episod pretending for the day. Sesudah episod pretending satu tamat, ouch hampir tersepak tiang besar lagi. Ah pretend lagi. Lantai sangat cantik untuk ditatap lama-lama maka kita tanpa sebab yang pasti terus menatap lantai di bawah seolah-olah ada emas bertaburan di lantai, dengan dahi yang berkerut. Ah episod pretending kedua tu boleh lead to heart attack kalau kita tak biarkan saja tiang besar berlalu. Awkward.


Everyone is fighting their own battle. Maka kita dalam konon tenang hari itu juga sedang berperang dengan diri sendiri. This is life, kan? Tiba-tiba terasa peperangan lebih dahsyat daripada sekadar bercakap dengan diri sendiri dan melarikan diri. Bercakap dengan diri sendiri pasal things to do and not to do dan asyik alihkan mata, kepala dan fokus ke tempat lain sebagai shield untuk diri sendiri dan part of proses melarikan diri sungguh memenatkan. Tapi lepas tu, evaluation terhadap diri sendiri dan emosi dalam hati pun kena ada. Panah diri sendiri sekali lagi malam tu.


Selasa- 

Andrenaline rush sungguh hebat ketika tangan memegang clamp dan rubber dam namun asyik tak ngam. Tidakkah terasa seperti mahu give up? Tidakkah terasa mahu menghentak-hentak kaki di situ? Tidakkan terasa mahu dikoyak empat belas saja rubber dam tu?


When things gone wrong and you lost your hope, you are putting your hope in your action, not in Allah.


Lebih kurang begitulah quote yang kita ingat. Tapi dalam kesibukan adrenalin nak lalu dalam badan, kita tak sempat nak fikir sepositif itu. The least kita boleh buat hari tu adalah, kita cakap kat diri sendiri, at least I have something to say to Allah. Ya Allah, aku dah cuba dan berusaha dalam masa yang ada ni dan kalau aku gagal, at least I’ve tried. Jarang kita nak cakap benda macam ni kat diri sendiri.

Buat sekali, semua masuk. Macam okay. Tiba-tiba perasan yang ada satu tooth kita missed. Bila kita tarik rubber dam untuk cover gigi yang terlepas, pap koyak! Nafas lelah keluar.

Ambil rubber dam baru dan start dari kosong semula. Semua gigi dah masuk, bila tarik rubber dam, bahagian tengah dia koyak. Kosong semula. Nafas lelah lebih kuat.

Pusing rubber dam dan ulang sekali lagi. Doktor jerit-jerit cakap masa dah nak habis, so tak payah dah lah nak buat. Dia laung lagi tiga minit. Adrenaline rush makin kuat. Kawan kat sebelah cakap, takpe sempat, sempat. Dalam stress dan semangat yang ada semangkuk dua saja lagi, kita teruskan saja. Kalau siap, siaplah. Kalau tak siap, takpelah. Kecewa je lah.

Masuk setiap lubang, takde gigi missed. Gigi last, terkoyak bahagian paling hujung. Oh man, oh man why now? Masa dah nak habis. Orang lain dan jerit-jerit panggil doktor suruh check kerja diorang. Ini stress yang nyata tak boleh sorok. Ini boleh jadi kes depression paling latest.


When things gone wrong and you lost your hope, you are putting your hope in your action, not in Allah.


Tanpa kisah apa akan berlaku, kita tetap angkat tangan suruh doktor check kita punya pulak. Doktor datang. Kita pura-pura tanya doktor, macam mana kalau yang akhir ni koyak? Doktor mengeluh penat sambil tanya dah berapa kali kita fail. Kita jawab, tiga sambil tunjuk rubber dam yang koyak atas meja. Doktor senyum sambil lepaskan lelah dan minta pen untuk tanda buku kita. Keluar nafas lega. Biarlah berapa markah, asalkan harini siap juga. Dan next time boleh proceed dengan next tooth.


Andrenalin turun sikit. Kawan kat sebelah masih struggle. Masa tetap gerak. Sempat, sempat. Kita pula kali ni cakap. Berusahalah tarik baik-baik rubber dam tak nak bagi koyak dengan floss between teeth dan suruh je dia angkat tangan. Zap zap doktor pun sign sebagai student terakhir yang dia check haritu. Hah, tarik nafas panjang lepas kuat-kuat!

Maka macam ribut la budak dua orang ni kemas semua barang sebab semua orang dah siap dan nak keluar dah. Pap! Lampu diorang tutup. Ceh, adrenaline naik balik sikit haha. Sumbat-sumbat semua benda, nak basuh tangan pun sabun pulak tak nak keluar sampailah kena bukak penutup botol. Staff nurse tu geleng-geleng kepala je tengok keributan kami. Haha finally kami keluar dengan lab coat dan mask masih lekat pada badan. Rasa macam lepas berperang je. Fuuhhh, rushing day yang menyeronokkan :)

Malamnya, kita berkira-kira nak ke tak nak. Akhirnya, kita decide untuk pergi sebab sehari sebelum tu, kita dah janji kat diri sendiri yang kita akan pergi, by hook or by crook gitu. Pakai selipar, jalan sikit, pusing-pusing. Tak jadi. Lepas nafas lelah. Kemudian pusing depan semula dan jalan. Kita nak pergi jugak. On the way tu, rasa nak stop tengah jalan dan patah balik. Tapi kaki gerak jugak. Ya Allah beratnya hati yang berkarat ni. Lepas nafas lelah kuasa lapan.

Dan malam itu juga, akhirnya bertemu dengan muka-muka familiar yang terlupa nama mereka. Haa ni lah reunion yang seronok. Terbawa pula satu buku isu bumper, baca satu artikel dan terpandang sorang senior. Eh ni kan akak yang tulis artikel tu? Reunion lagi.


Isnin- 

Hari mengejutkan psikologi sebab teori dan praktikal, hari yang sama. Seronoknyaa tahun dua yang mengejutkan ini. Layan sajalah walaupun semput dan kaku terasa hari itu.


Ahad- 

Sebagai hari permulaan, haruslah kelihatan lebih cerah daripada biasa. Apa taknya, first time bergegas untuk mengejar 815 pagi adalah sungguh rare. Seperti tahun lepas, kecerahan hari menjadi sedikit malap bila lecture start bertubi-tubi dush dush almost pengsan tapi tak pengsan. Seronoknya hari pertama walaupun nak crack memory sebab tak boleh recall benda tahun lepas.




Dan sekarang, minggu kedua. Hai eh harini 19 September lagi. As always, hari ini menjadi hari yang pelik. Somehow, kan? 19 September mesti seronok nak berangan Haha sungguh melalaikan xD 

No comments: