Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum:D
Ini satu habit. Scroll down entries lama, email lama, cari sentences
yang sempat diconteng kat kertas exam spm yang dikoyak dan disimpan kat meja,
cari stuff kecik-kecik yang biasanya orang anggap as sampah dan insyaAllah akan
terus buang je kalau kita tinggalkan kat merata-rata tempat, sebab kita rasa
benda kecik tak bermakna tu ada sentimental values. Kononnya lah.
So hari ni kita pun buat benda sama la. Kenapa draft kat
blog ni banyak sangat? Hais cleaning harus dilakukan segera maka gigihlah kita
preview mana-mana entri yang kita rasa hoi kenapa kau tak pernah dipostkan dan
hanya dibiarkan tertutup dalam draft saja dan kenapa kau tak didelete terus je
kalau seriously kau tak bermakna? Haa panjang lebar bebelan seorang diri dalam
hati before nak baca satu-satu tu.
Maka here we are, publish secara suka hati stuff yang
terpendam dalam draft tanpa sebab yang pasti. Eh, kejap! Tadi selepas begitu
gigihnya membuka dan membiarkan video load sambil mute, akhirnya kita dapat
dengar point yang kita tak dengar kat tv haritu. “ Ada sorang lagi … dia …
kitorang … sekarang tengah belajar kat … “ Finally finally finally xD
(Oh ni maybe lagi satu habit. Nak cerita dengan tak nak
cerita sama banyak wahaha xD)
Back to main topic lalala
[satu]
"Bila ALLAH nak kasi rahmat atas sesuatu perempuan, Dia
kasi dia ramai anak."
-Hj Sheikh Mohamad Zaid
- 10/9/11
[dua]
Tanpa alasan yang kukuh dan memandangkan kita sedang
mengalami masalah ingatan yang kadang-kadang hilang tanpa dapat dikesan semula,
kita sendiri tidak pasti kenapa kita nak post gambar bertulis “ I’m not
important anyway, “ namun sekadar tulis dan saved as draft sahaja. Mungkin
sewaktu itu (9/3/11)
kita mengalami masalah perubahan hormon secara mendadak dan tendency
untuk menjadi emo sangat tinggi wahaha
[tiga]
Posted gambar 25 songs, 25 days pada bulan Jun 2011 on
tarikh biasa itu ler masih menjadi tanda tanya kita sendiri hari ini. A song that
reminds you of a former friend? A song that reminds you of a best friend? A
song that makes you want to dance? A song by your favourite band? A song that
you cannot stand to listen to? A song that you love but rarely listen to? Hmm apakah
motif kau cuba meletak gambar ini dua tahun lepas hoi diri? Setelah dikaitkan
dengan masa dan waktu, mungkin sebab kedua itu kot. Mungkin la hmm fikir kita
sendiri dalam ragu-ragu.
[empat]
Serpihan tulisan ini telah ditulis pada 4/22/11. Mungkin sewaktu
kita tengah feeling sesorang atau mungkin waktu tu sebenarnya kita tengah sakit
sesorang. Hmm itulah sebab yang kelihatan logik kenapa kita tulis ayat panjang
tak panjang ni.
" Mak, Ana sakit
ke mak ? "
Ana pandang muka mak.
Kerutan di dahinya kini mula mengendur. Perlahan-lahan, mak melepaskan botol
susu adik dan membiarkan adik menggolek-golekkan botol susunya di atas lantai
papan yang kadang-kadang berkeriut apabila dipijak. Mak pandang Ana. Mak senyum.
Mak ambil tangan Ana
dan usap perlahan-lahan sambil berkata, " Anak mak tak sakit. Anak mak
sihat je. Walaupun kita hidup tak seberapa macam ini, kita sihat je.
Tapi satu yang pasti, kita memang bukan kat rumah waktu ni
dan kita memang tengah menaip sesorang sebenarnya. Saya yakin.
[lima]
Carilah hatimu pada tiga tempat. Cari hatimu sewaktu bangun
membaca Al-Quran. Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika mengerjakan solat.
Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati.Jika
kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana
hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati."
- Imam al-Ghazali
Nyanyian sepi :
" Amira Azreen kuat :)"
" Yang private tetap private. "
" Ada benda yang aku rasa nak bagitahu orang, tapi
takut. Ada rasa yang aku orang rasa jugak, tapi malas berkongsi. "
" Jika kamu ingin Allah 'bercakap' denganmu, bacalah
Al-Quran kerana Al-Quran ialah ayat-ayat Allah yang ditujukan kepadamu. Tetapi
jika kamu pula ingin 'bercakap' dengan Allah, maka dirikanlah solat kerana
solat hakikatnya adalah doa, pengaduan, pujian dan rintihan seorang hamba
kepada Allah." - al-Hakim
" Maybe we're trying, trying too hard."
" Apa aku sebenarnya menunggu hari itu untuk
benar-benar menangis? "
" Let's smile everyday, pretending that I can see you &
you can see me. Though we can't be like before, just smile. At least for a few
seconds. We'll feel better."
" Berdoa aku boleh skip sehari itu agar aku tidak perlu
memarahi diri sendiri. "
Huyooo ni draft 3/19/11. Tahu sangat semua ni, momen-momen
separa resah nak tunggu result spm keluar kehkehkeh gelak tabah. Hmm no comment
la la la
[enam]
1467. Dari Abu Hurairah, katanya: Rasulullah SAW bersabda:
“Perhatikanlah olehmu orang yang lebih bawah daripada kamu dan jangan engkau
memperhatikan orang yang lebih atas daripada kamu sebab dengan cara itu lebih
patut kamu tidak mengingkari nikmat Allah yang dikurniakan kepada kamu.”
Perawi: Bukhari dan Muslim
Darjatnya: Sahih
Maksudnya: Seseorang hendaklah memerhatikan nasib orang lain
yang lebih rendah dari dirinya dan jangan membandingkan dirinya dengan orang
yang mendapat nasib lebih baik dari dirinya agar ia dapat merasakan dan
mensyukuri nikmat Allah yang telah dikurniakan kepada dirinya.
Hukumnya: Memerhatikan nasib orang yang lebih rendah atau
lebih menderita supaya dapat merasakan nikmat Allah yang diberikan kepada
dirinya adalah sebagai tuntutan dan tuntutan agama.
1554. Dari Abu Hurairah, katanya: Rasulullah SAW bersabda:
“Seseorang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada
seorang mukmin yang lemah dan dalam segalanya adalah baik. Bersemangatlah
mencari apa yang bermanfaat bagi dirimu dan mohonlah pertolongan kepada Allah
dan jangan merasa lemah. Dan jika sesuatu menimpa dirimu, janganlah kamu
berkata: “Kalau aku tadinya berbuat begini, tentu tidak akan terjadi begini dan
begitu,” tetapi katakanlah: “Allah telah menetapkan apa yang telah dikehendaki
oleh Allah untuk dilakukannya.” Kerana kata-kata “Kalau” membuka pintu
pekerjaan syaitan.”
Perawi: Muslim
Darjatnya: Sahih
Maksudnya: Seorang mukmin yang kuat lebih dicintai oleh
Allah dan lebih baik daripada seorang muslim yang lemah. Seorang mukmin yang
akalnya lebih kuat, maka ia dicintai oleh Allah. Seorang mukmin yang fiziknya
lebih kuat dari yang lain, maka ia lebih dicintai oleh Allah. Seorang mukmin
yang pendirian dan sikap lebih kuat dari yang lain, maka dia adalah orang yang
dicintai oleh Allah.
Kerana itu Rasulullah memerintahkan agar kita selalu
berjuang untuk melakukan sesuatu yang bermanfaat dan jika mendapat kesulitan,
hendaklah mohon pertolongan kepada Allah, bukan justeru menjadi putus asa atau
lemah. Jika tidak berhasil dalam usaha kita, jangan kita berkata: “Kalau saya
melakukan begini atau tidak melakukan begitu, tentu saya tidak akan mengalami
begini atau begitu,” tetapi hendaklah justeru menyatakan pasrah dan redha
kepada taqdir Allah. Kerana seseorang yang mengandai-andai bererti membuka
pintu kerjanya syaitan kepada dirinya.
Hukumnya: Lemah semangat atau putus asa dalam menghadapi
cubaan dari Allah SWT adalah haram dan bila gagal, kemudian berdalih “kalau
saya berbuat begini, tidak akan begitu atau kalau saya tidak berbuat begitu
akan begini” adalah suatu perbuatan yang haram. Dan bila kita gagal wajib
pasrah kepada kehendak Allah.
Hmm itulah mesej yang ingin disampaikan. Lihat atas, lihat
bawah dan bersyukurlah kerana kita di tengah-tengah. Dan ya mukmin yang kuat
itu lebih dicintai Allah.
Maka tamatlah sudah episod satu. Draft selebihnya terlalu
complicated sampai kita pun rasa macam hoi maybe kau patut stay as draft
forever sampai kita hilang ingatan lepas tu boleh kembalikan ingatan dengan
baca semua draft tu balik sebab things are complicated. Haa gitu, ayat sehabis
complicated kita nak kasi xD
No comments:
Post a Comment