Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum (;
Seminggu sudah di sini. Banyak ceritanya. Mungkin takkan tercerita *senyum*
Siapa sangka seminggu ini sudah mampu berjumpa dengan orang-orang awesome. Terasa seperti kaki tersalah melangkah namun hati cuma mampu tabah sahaja, kan? Maka the only choice left is to keep moving, move along. Rasa sukar dan tak mudah, *senyum* dan memang telah nyata dari awal bukan mudah, namun ini sudah jalannya mungkin. Maka melangkahlah saja kita.
Bertemu dengan muka familiar dan muka tidak familiar. Cuma teguran saja mampu membezakan semua ini. Ah mungkin nanti-nanti lah diceritakan semula. Namun jujurnya, banyak rupa di sini tak jauh beza dari muka kalian-kalian. Melihat seorang, ternampak kalian dalam dia. Melihat seorang, nampak kalian yang lain dalam dirinya.
Sesuatu yang dirancang telah didengar Tuhan. Rahsiakan sahaja, boleh? *senyum*
Hidup takkan jadi mudah.
Kita harus tabah.
Jalanilah hidup seadanya, teman.
Allah ada maka senyumlah :)
Harus mulakan langkah pertama dalam hayat ini, dengan izin-Nya.
Jaga diri, Assalamualaikum :)
9/9/2012 11:48PM Hari ke-8
No comments:
Post a Comment