Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum :)
(Lagu favourite kawan sedang bermain, mungkin dia menangis kalau ada sekali hihi)
Ada sesuatu dimaklumkan sebelum masuk Ramadan 1433H. Katanya mungkin kita bakal bertemu pada hari nuzul Quran Ramadan kali ini kalau diizinkan-Nya. Katanya lagi, mungkin bertemunya di depan rumah. Mungkin katanya, itu cuma perancangan. Entahkan jadi atau tidak, belum pasti.
Ramadan datang.
Berharapkah kita sebenarnya? Mungkin. Tapi segan sebab kita kan pemalu kihkih *gelak palsu sedikit*
Tanpa ada ribut atau kilat memancar, jam 4 lebih sedikit, ada mesej masuk berkata mungkin dalam pukul 5 dia sudah tercegat depan muka pintu pagar. Hai hai hai, menipu sungguh kalau tidak kalut jiwa. Tanpa sebab yang pasti kita menjadi super nervous. Dengan super power yang tiba-tiba wujud dengan hadirnya satu mesej itu, kita keliru harus membuat apa. Terus pergi mandi sebab berdebar (sungguh aneh, saya tahu haha). Bila sudah wangi, segera cari baju wangi juga haha kemudian berlari ke sana ke mari mencari wrapper hadiah, gunting dan pencil case. Dengan tangan yang kurang artistic, segera membalut sesuatu yang kita beli tapi bukan untuk diberi kepada orang. Ah susah untuk diterangkan. Barang itu barang untuk diri sendiri dan mungkin, dalam perancangan kita, akan kita berikan kepadanya sesuatu yang lebih baik dari itu. Tapi masa tidak memungkinkan kemungkinan itu. Maka terpaksalah kita membalutnya ala kadar sahaja. Sedih juga sebenarnya.

Tiba-tiba ada mesej masuk mengatakan mungkin besok dia datang atas sebab-sebab lain. Ah apakah kecewa yang bersarang dalam hati ketika itu? Mungkin. Buat dua tiga ratus saat pertama, kita rasa sedih. Lagipun kita telah menconteng hadiah itu dengan tarikh hari itu dengan over confidentnya. Maka ada double sadness di situ.
Ah positive thinking menjengah otak. Kita rasa mungkin elok juga. Mungkin malam ini kita sempat menulis secubit dua kata di atas kertas kosong semacam beberapa tahun lalu. Ah bring back memories lah konon.
Maka kita terus move on dan masuk ke dapur selepas bertukar costumes. Bersemangat pula kita main masak-masak kat dapur sambil pasang lagu. Tiba-tiba ada orang call. Bertanya yang mana satu rumah kita, eh? Sudah sampai depan rumah rupanya dia.
Dalam jadi tak jadi rencana dia, Allah sampaikan juga dia ke rumah kita petang itu jugak. Segera kita menyarung semula costumes kita dan mengambil hadiah tanpa nota tadi ke luar rumah.
Keluar sahaja, orangnya sudah ada di situ. Dia keluar, senyum kemudian kami tak tahu nak buat apa. Maka peluk sajalah sambil tepuk-tepuk belakang. Ah selalu begitu sebenarnya. Kurang bercakap, cuma banyak senyum dan peluk.
:’)
Maka kita segera ambil hadiah tak seberapa kita dan bagi jugalah walau segan. Bercakap sepatah dua, kemudian dia balik. Begitu saja ceritanya. Sekian terima kasih kerana sudi datang bertentang mata sesaat dua.
Ah maka dapatlah kita katakan, Ramadan 1433H juga dapat kita sambut dengan Imtinan, Alhamdulillah terima kasih Allah! :)
* I love you, li rabbit let us happy comel with notes comel *
No comments:
Post a Comment