20120707

# Ue dicampur dengan Mission Possible lupa nombor kehkeh

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum :)



Mungkin kalau usia dipanjangkan sampai ke tua dan ingatan belum pupus serta kepercayaan ini masih berada dalam diri, saya mungkin akan masih mampu berkata, “Mungkin ada hikmah yang belum kita temui kenapa semua ini berlaku jadi mohon hati ini dan diri ini terus bersabar walau apa pun yang telah, sedang dan akan berlaku.” Begitulah hendaknya.




Pada suatu hari yang biasa-biasa sahaja, kita mendapati ada beberapa gerangan teman sedang merancang untuk melakukan aktiviti bertemu sesame mereka di samping menyelesaikan sedikit urusan yang mungkin saja penting tapi mungkin juga tak penting bagi kita kadang-kadang kerana sesungguhnya kita tidak mengetahui apakah motif mengambil sijil spm di sekolah dan kenapa pula tidak dibenarkan wakil untuk mengambil bagi pihak kita atau tidak khidmat mohon hantarkan ke rumah saya yang beralamat sekian-sekian melalui pos terima kasih. Setelah difikirkan, mungkin mereka mahu kita menandatangani sesuatu sebagai bukti kita adalah makhluk yang sohih untuk mengambil sijil tersebut di samping memunculkan semula memori di Sester apabila kita harus pergi sendiri ke sekolah dan mereka dalam langkah penjimatan maka buat apa bazirkan setem dan sampul surat bila kamu semua pasti boleh datang melancong ke Terengganu bila-bila masa sambil-sambil melepas rindu dan merapatkan semula ukhuwah yang mungkin jauh-jauh semenjak sekolah tamat. Maka tamatlah persoalan yang bermain dalam fikiran saya sejak beberapa ketika setelah dibersihkan otak ini dengan semua fikiran positif seperti di atas eceh. 



Kembali kepada cerita kita, kita nampak mereka berbincang untuk bertemu di Terengganu. Kita tidak tahu kenapa tapi kita sangat pasti kita tak akan join mereka. Ya kita memang selalu over-confident sebegini, harap maklum ekeke. Kemudian ditakdirkan pulak dalam jangka masa yang sama, salah satu alat komunikasi kita pula dalam keadaan koma tidak sedarkan diri sendiri dan asyik blank sahaja. Maka seperti diceritakan dahulu, kita tidak nampak pun apa mesej yang orang hantar kepada kita walau sepatah pun - inilah yang dikatakan sepatah haram, apatah lagi berpatah-patah makinlah haram untuk mata kita nampak – jadi seberapa banyak kali pun telefon itu bernyanyi untuk menyedarkan tuannya bahawa hoi hoi ini ada mesej ni hoi tapi apakan daya kita cuma mampu tunggu sampai lagu tu senyap saje lah. Suatu keajaiban kecil yang comel telah berlaku apabila kita terjumpa ex-abang kita – eh bukan makwe tapi handphone lama dia kuikuikui maka kita segera mengecas dan menukar sim card dengan penuh susah payah. Walaupun tidak berfungsi penuh, sekurang-kurangnya kita mampu baca mesej dengan baik dan mengangkat telefon dari mak on the right time eceh.



(Terlupa apa motif kisah telefon dengan budak nak ke Terengganu)



Okay oh ya, jadi ditakdirkan pada hari isnin telah masuk satu mesej mengajak ke Terengganu. Pada saat itu kita telah boleh melihat mesej dengan jelas maka kita kata, oh no mungkin tidak memandangkan sebenarnya kita kurang sihat. True story, tak tipu. Lagipun mereka nak pergi esoknya dan balik Rabu. Kita dapat rasakan instinct kita kata something is going to happen so please stay at home especially with this state of health – maka kita stay saja di rumah. Indeed, something happened.



*Tiba-tiba terlihat panjang post ini dan tarikh, sentap kerana terlupa 500 saat akan ProjekSepi :l




Dipendekkan cerita (sebab kita tak nak cerita pun sebenarnya what happened kehkehkeh mohon kecewa segera), kita tengok ramainya orang upload gambar di satu group khas perempuan ini kehkeh Semua orang sangat matured namun seperti masih belum berubah sedikit pun raut mesra muka mereka eceh. Banyak gambar yang membikin jealous naik dengan segera tapi bukan jealous yang busuk hati tapi ini jealous kerinduan yang tebal eceh mereka sangat active bergambar kehkeh dari laut masin ke lubang tak berapa nak laut sangat yang berklorin sampai ke air semburan cikgu hebat hebat ! :) 



Kesimpulannya kita terdetik dalam hati saat itu, “Oh alangkah seronoknya kalau kita pun ada sama waktu itu,” namun takdir Allah itu pasti saja yang lebih jauh lebih baik dari yang kita mahukan : PROVEN ! (: Sesuatu telah berlaku pada hari Rabu – eh tidak jugak cuma hari itu kita ada sesuatu lah yang menyebabkan petangnya kita sendiri sudah hilang rasa hingga tak tahu mahu rasa apa. Kemudian besoknya that something happened and saya percaya 300% bahawa tanpa Allah semua ini tidak akan berlaku. To look it in a brighter side, Allah telah menyediakan sesuatu yang saya mohon pada saat kita paling memerlukan.




Kemudian sesuatu lagi berlaku pada malam sebelumnya. Sejujurnya selama seminggu dan dicampur tiga hari bersamaan dengan sepuluh hari terus-menerus ada suatu rasa kurang bersyukur dan rasa yang tidak baik terhadap diri sendiri telah bermukim di dalam diam. Hanya kerana suatu event yang membawa (kepada kita, kita nampak ada suatu kejayaan di situ) namun kepada orang lain tiada lain yang jelas di mata mereka kerana yang ada lagi obvious pada mereka cumalah kegagalan semata-mata yang mana dalam tempoh kita cuba latih diri kita supaya redha dengan aturan Allah, hati kita rasa sedikit tercabar dan mata juga bermurah hati untuk mencucurkan air apabila terkenang kejayaan besar yang kita sambut namun orang cuma nampak kegagalan kecil. Maka tanpa diduga, ada rasa dalam diri hilang dan ini membawa kepada three to four hours of additional sleep in our daily sleeping timetable yang mana sangat obvious bahawa ini adalah akibat kekecewaan dalam diri seseorang sekaligus membuktikan bahawa kita sebenarnya sedang melewati sepuluh hari yang sangat mengecewakan terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri serta sampai ke tahap mana kita mampu bertahan.





Pada malam itu, perkara sama berulang. Tidur dari jam 8 selepas usai Maghrib sehingga jam 12 malam mungkin saja tanpa kita perasan adalah teknik diri ini melakukan rebel terhadap jiwa akibat kecewa besar. Satu main point mahu diselit di sini:

Unlimited chances are only provided by Allah.
Dia memberi suatu ruang sebenarnya pada malam itu untuk peluang untuk kali ke berapa juta kali, kita sendiri tidak tahu. Dan kita tidak pula menyedari akan hal itu sehinggalah keesokan harinya. Suatu aturan Allah yang lebih syahdu berlaku dan kita tak tahu juga mahu rasa apa tapi kita cuma reti berkata Alhamdulillah kerana walau dalam leka kita, walau dalam jahil kita, walau dalam dosa kita, Dia masih mahu mendengar doa kita dan mahu pula Dia kabulkan. Kita mahu menangis namun air mata tidak mahu keluar pula saat itu maka kita duduk diam-diam sahaja.




Maka setelah difikir lagi soal ketidakpergian kita ke sekolah, kita menemui suatu hikmah yang jauh lebih besar telah Allah susunkan buat kita. Dan pastinya kita rahsiakan sahaja apakah hikmah itu.









Dan apabila kita mengulang ke beberapa hari ke belakang yang kita kurang beri perhatian, kita mendapati suatu mesej jelas berada di situ. Pesanannya ringkas, cuma :  Jaga diri baik-baik :’) “
Maka kita cuma senyum sebab iya bukan untuk kita mesej itu kekeke tapi untuk orang lain tapi kita senyum juga sebab orang lain itu telah menitiskan air mata hanya dengan membaca ayat di atas. Maka kita konklusikan bahawa ini suatu berita yang baik untuk didengar dalam suasana seperti itu.








Kita cuma mahu beritahu diri supaya lebih yakin dengan takdir Allah. Sesungguhnya perancangan Dia pasti lebih baik, maka mari kurangkan kerunsingan dan kekecewaan dalam diri dan teruskan bersyukur. Some people win easily, some people like us don’t. He forever knows best ! Assalamualaikum :)






No comments: