Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum:)
So I whispered to myself for the twenty-sixth times, "Everything happens for a reason. This is Allah's plan."
Menyangka bahawa semuanya akan bergerak dengan laju dan ingatan kita akan hilang serta-merta selepas semuanya habis, adalah suatu tindakan yang salah. Sangkaan meleset sama sekali apabila bila mata dipejam, terus terbayang semula apa yang berlaku. Zapp, terbuka balik mata dan pusing-pusingkan badan. Lama lepas tu baru boleh tidur semula. Waktu duduk bersahaja pun kadang-kadang teringat sedetik dan terasa pahit sedikit dalam hati. Aduh, sastera sangat diskripsinya hihi.
Berdiri selama tujuh puluh lima minit dalam perasaan bercampur aduk antara kecewa, redha dan tiada perasaan memberi ruang kepada otak dan hati untuk berkomunikasi lagi dalam sesi self-consolation. Kali ini setelah ditimbang-timbang, banyak kemungkinan positif berjaya difikirkan dalam diam. Husnuzon lah orang kata, kan ? Kadang-kadang that's the best way untuk console diri sendiri. Think positive. Over tak over, dalam self-consolation session tu, boleh pulak kita dengan bergayanya speaking dengan diri sendiri Huahaha well somehow, sempat enjoy diri sendiri. Thank you Allah ! :)
Kemungkinan terakhir yang ada adalah mungkin maut sebenarnya sedang menunggu kita. Allah sedang menyelamatkan kita maka itulah cara-Nya. Cara yang kita rasa sangat menyedihkan memandangkan kita belum temui hikmahnya, namun mungkin sahaja pada pandangan-Nya suatu yang baik. Baik buat kita namun kita rabun. Akhirnya, kita rasa baik-baik sahaja. Kita rasa kita berhak mendapatkan apa yang kita dapat. Tiada ruginya. Ini perancangan Allah ! :)
Sempat juga melihat rakan senasib. Hai awak yang saya tak kenal, marilah kita sama-sama bersabar dan bersyukur sebab Allah letakkan kita dalam situasi ini. Pasti ada sesuatu yang jauh lebih baik untuk kita yang Dia sedang sorokkan. Harap awak kecewa sekejap saja, okey ? :)
Tidak mahu lagi berbicara soal ini.
(senyum)
Seronok ingat balik suatu masa itu.
Hari itu, sudah ditempah khas untuk suatu event. Siap ditanda di calendar comel kita di dinding – membuktikan keistimewaan event terbabit ^^ Maka kita menjalani hari kita dengan baik sekali. Kenyataannya sedikit pahit namun kita tetap tersenyum lebar at the end of the day. Bukan main kita cuba sorokkan berita tu dalam diri kita sorang-sorang. Waktu tu dah tiba waktu untuk final exam. Menyimpan sesuatu dalam diri pada saat genting sebegitu sangat mencabar Kihkih Tapi bila jumpa Imtinan, kita rasa kita tak boleh nak tahan lah Haha so akhirnya kita cerita juga kat dia – awal perkenalan, sambutan hari itu, dan pengakhirannya. Kita senyum sahaja dan kita tumpang gembira :)
(Mac2012)
Kali ini, kita ada benda untuk diceritakan lagi. Tapi pendengar cerita saya hilang sekejap. Semoga dia cepat muncul balik, ada kisah ingin dikhabarkan :)
Banyak yang saya dengar. Banyak persepsi saya nampak. Banyak anggapan saya buat. Banyak kata-kata saya timbang dan olah. Tapi tanpa sebab, saya tetap nak berpegang kepada apa yang saya rasa (konon-kononnya lah). Tetap nak meyakinkan diri sendiri yang dia hari ini dan masa lalu adalah sebagaimana yang saya nak nampak.
(Apakah ini semua? Haha monolog la kot)
- Sekejap lupa bahawa hal ini termasuk dalam Mission Possible pada list ke 70 dan seterusnya Haha
Bila dikaitkan semula dengan kisah di atas, hmm memang tiada kaitan langsung. Kepercayaan dalam diri yang terlalu kuat ternyata dapat mempengaruhi prestasi dan apa yang kita lakukan.
'Engkaulah apa kau fikirkan, Terkandung dalam pemikiran, Berfikir boleh melakukan, Fikirkan boleh ! '
Eh eh boleh pulak menyanyi lagu propaganda ini. Teringat pada waktu tengah malam masa final exam dan semua orang macam nak give up dah sebab penat nak tidur dan dah bosan sampai tak tahu nak baca yang mana satu sebab tak yakin yang mana akan keluar dalam exam besoknya, mulalah buka youtube dan cari lagu konon bagi semangat. Dari Hampir Ke Situ, semua bersoprano dan bernyanyi dengan penuh feeling dalam bilik dalam cubaan menaikkan balik semangat yang jatuh. Kemudian teringat lagu ini dan tanpa semena, mereka tulis lagu ini lagu propaganda. Haha kita selalu mengulang-ulang dengan berkata, " Lagu propaganda, lagu propaganda !" dan mereka dengan pantasnya memberi reaksi kurang senang terhadap gelaran lagu ini Hehe :)
Okay back to the story;
Kekurangan kepercayaan kepada kebolehan diri sendiri dalam suatu hal yang dinamakan Hal A menyebabkan focus kita lebih tertumpu kepadanya semata-mata. Dalam waktu yang sama, kita terlupa akan tanggungjawab kita pada hal yang tidak kurang pentingnya iaitu Hal B. Hal ini menyebabkan kita mengambil langkah lebih berhati-hati dan intensif terhadap Hal A dan apabila berjaya menyelesaikannya dengan baik, kita terus berasa senang hati. Pada waktu ini, seolah-olah hati kita sudah terbang ke langit bersama belon-belon berwarna-warni dan dunia terasa indah dan diciptakan buat kita sahaja. Tanpa disedari, kita menduakan Hal B dan mengambil mudah akan kepentingannya. Akibatnya, kita terbabas sedikit dalam menilainya dan di sinilah muncul kesedihan yang sederhana panjangnya dalam sejarah hidup kita.
Okay back to the story;
Kekurangan kepercayaan kepada kebolehan diri sendiri dalam suatu hal yang dinamakan Hal A menyebabkan focus kita lebih tertumpu kepadanya semata-mata. Dalam waktu yang sama, kita terlupa akan tanggungjawab kita pada hal yang tidak kurang pentingnya iaitu Hal B. Hal ini menyebabkan kita mengambil langkah lebih berhati-hati dan intensif terhadap Hal A dan apabila berjaya menyelesaikannya dengan baik, kita terus berasa senang hati. Pada waktu ini, seolah-olah hati kita sudah terbang ke langit bersama belon-belon berwarna-warni dan dunia terasa indah dan diciptakan buat kita sahaja. Tanpa disedari, kita menduakan Hal B dan mengambil mudah akan kepentingannya. Akibatnya, kita terbabas sedikit dalam menilainya dan di sinilah muncul kesedihan yang sederhana panjangnya dalam sejarah hidup kita.
Pada saat itu terasa lagu The Scientist nyanyian Coldplay sangat menikam jiwa kerana seolah-olah memerli kita. Inilah yang dikatakan perasan dan psycho. Gabungan ketiga-tiga ini sangat menginsafkan dan menyentapkan diri sendiri.
"I'm going back to the start."
- Part ini dikatakan sangat menyentuh jiwa dan menyuntik seribu keyakinan baru Kihkih
Temporary sadness. Alhamdulillah, Allah campakkan rasa ini dalam diri kita untuk kita lebih muhasabah diri dan menjadi orang yang lebih baik barangkali pada masa hadapan. Mungkin kita patut lebih percayakan diri sendiri dan yakin lebih lagi akan kemampuan kita. Everything happens for a reason. So kesedihan sudah jauh lari dari diri walau ada secebis dua masih ingin menetap dalam diri. Takpe, kita layan sahajalah buat sementara waktu. Suatu hari nanti, kita takkan ingat pun kesedihan secubit ini. Terima kasih Allah sekali lagi. Sayaaang Allah ! :)
Sesi memberitahu tapi semacam tak ingin beritahu sangat sudah selesai Kehkeh :)
Assalamualaikum :)
No comments:
Post a Comment