20140928

two seconds influential glance

It's going to be a bad mixture today.


Sebagaimana yang dikatakan orang, tika kurang difikirkan dan dalam ruang masa paling tidak dijangkalah ia akan muncul. Nah in your face. Now, just how influential is that one glance? That question starts and ends our day.


Good voices in good ways. Everyone will fall for it. Kehkeh 7, 925 km is how far and big is the gap. Please don't try again. It's too wide and we're unfit (somehow).



Mak cik kurus yang nampak tulang dan muka cengkung. Menyapu-nyapu seorang diri di luar rumah waktu kami berlalu. Dia tanya, lebih kepada berbisik, sebab perlahan suaranya. Ceritalah tentang kami dan hala tujunya ke mana hari itu. Kebetulan waktu itu, tujuan pertamanya ke rumah orang berada di kampung itu. Dia tersenyum. Kelat.

Ceritanya bermula.

Anak bongsu daripada lima beradik. Dua abang dan dua kakaknya sudah tiada. Anaknya yang pernah serumah dengannya sudah balik menghadap Tuhan, masalah jantung. Ditunjukkan pondok kecil di belakang. Tanah orang bagi duduk, katanya. Di dinding tepi, ada kesan zin dikopek orang, pencuri yang tak pernah tahu bahawa nenek ini tidak punya duit langsung. Tingkapnya pun sama. Kau selayaknya kecewa pencuri.

Anaknya yang lain belajar agama di sekolah pondok. Keadaanya hampir sama, tinggal dalam keadaan yang hampir sama, bermasalah paru-paru pula kali ini. Ditanya soal bantuan zakat dan sumbangan orang, mengalir air mata nenek tua ini. Bantuannya sampai juga, tapi setelah dipotong-potong dari total sumbangan sebenar. Wallahua'lam.

Ditanya umur, mungkin 82 tahun. Teringat mok :'(

Seorang diri, makan katanya kalau 2 kali sehari sudah cukup baik. Diulang-ulangnya, takpe kalau orang nak buat apa-apa padanya kat dunia ni, dia cuma takut disoal balik di hari depan kelak saja. Yakinnya akan adalah apa-apa yang disediakan Tuhan selagi Dia izinkan.

(Tak pandai kita memujuk dan menenangkan hati orang. Mengalir lagi air matanya dan terkadang bertakung saja di mata.)

Kita terlambat sebenarnya tapi nenek ini, hmm kalau boleh mahu biarkan saja dia bercakap dan lepaskan apa beban yang dipendam seorang diri. Tiap kali kita meminta diri, dia memegang dan mengusap tangan kita, dia meminta maaf dengan air mata yang bertakung.

:'(

Tuhan takkan biar hamba-Nya hidup tanpa rezeki yang Dia sudah tetapkan. Jika dipanjangkan umurnya selama ini dan selama mungkin nanti, selagi itulah rezeki baginya ada. Terima kasih Allah, terima kasih makcik Esah sebab bagi makna yang mendalam dan lain untuk program masuk kampung kali ini.

Teringat ayatnya yang juga diulang-ulang selepas meminta maaf, insyaAllah nanti kita jumpa lagi :')




It's meaningless if you're trying to impress others (and so-called success at it) only by putting all the efforts, blames, debts and pressure on others. We lost count how many times we shed tears for this. Don't don't don't don't don't try this. Don't ever think of trying, please. One day I think I might end up hating the truth. We're praying that He won't leave us.




To kill all the moods, let's end tonight with a question:
When will we meet again?


{in the future, never maybe}




No comments: