20131022

so i realised ; pain is a teacher too,

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum:)


Seeing someone as someone and seeing him/her the next time as someone else, how would you react to him/her? As someone you knew or as someone you just know?


Take a sad song and make it better. Don’t be afraid, you were made to go out and get her. Don’t carry the world upon your shoulder. Make it better better better better. Ini untuk Jude.


Runny nose get worse bila tunduk sikit je ke depan, terasa macam air paip nak meluncur laju-laju je keluar dari hidung. Lebih mendahsyatkan, bila ditanya soalan senang tapi hampir sejam fikir jawapan tetap salah. Lebih memburukkan, bila nada soalan penanya dirasakan terlalu tinggi untuk dihadam oleh telinga, maka nada itu masuk dalam telinga macam ombak orang menengking kuat-kuat. Ke mana kau nak pergi? Down down down.

Lebih menyedihkan, takde teman nak hadam suara tu bersama-sama. Sepi juga rupanya bila takde partner. Lebih terasa sepi bila partner takde part kita kena marah. Rasa macam keciknya dunia. Keciknya seat ni. Keciknya tempat ni. Cuma tinggal kita, suara orang nak marah, emosi panas kat sekeliling dan itu sahaja. Seolah-olah kita dalam kotak kecil, terduduk sorang-sorang dalam bahang panas tu. Tapi kotak tu kotak kaca. Kita di dalam tu sorang, tapi orang kat luar boleh nampak kita, boleh tengok kita keresahan dalam bahang tu, mereka boleh tengok dan dengar semua. Cuma kita saja yang malang, tersepit di dalam kotak tu sorang-sorang, tak tertolong oleh diri sendiri.

Apa pilihan yang kita ada? Lari setempat? Menangis tersedu-sedu? Memerahkan mata sorang-sorang? Telan air liur pahit dengan payahnya? Tutup mulut dan ketap gigi ketat-ketat? Tunduk dan biar hati jadi keras, tanpa serap apa-apa yang dilaungkan? Pretend jadi heartless untuk waktu itu? Rebel? Angguk setuju semua benda as if kita prisoner? Akui silap kita?

Apa kita buat? Apa yang jadi waktu tu? Apa yang jadi lepas tu? Allah knows.


Allah knows.


Episode mask basah bukan part one. Pernah ada episode mask basah yang terdahulu. Allah knows.


Allah knows.



And with that, I’m going to make a better mistake next time. Begitulah azam saya. InsyaAllah, semoga dengan kesilapan dan kesalahan sekarang, masa depan atau lebih senang esok hari, jadi lebih baik daripada harini.


Sometimes, you have to learn the hard way.


(: Semoga menjadi lebih baik dan lebih rajin baca buku dan faham baik-baik sampai terbenam dalam kepala hati jiwa.


I’m learning to be brave in my beautiful mistakes.


Yosh, selamat berusaha semua. Semoga setiap saat kita berusaha ditemani burung-burung di langit dan ikan-ikan di laut yang bertasbih dan diberkati-Nya. InsyaAllah (walaupun asyik lupa), Allah’s plan is greater than ours. Peace be upon you.


No comments: