20130817

Blok 001

---


Keri ambil buku yang terjatuh dari tangannya. Namun, mata dia bukan jatuh pada buku berkulit hijau yang jatuh di sisinya itu. Matanya sekejap melihat kiri, sekejap melihat kanan. Bergetar tangannya selaju jiwanya ketika itu. Dalam kepayahan, dia terdengar keluhan resah keluar dari dirinya sendiri.

“Everybody lies,” hanya dua patah ayat mampu dia ucap.



Seperti hari Isnin yang biasa, dia bersandar santai di kerusi kayu di tepi tingkap itu. Tingkap kaca seperti tiada di situ. Mahu saja dia sentuh pokok yang ada di luar rumah itu melalui petak tingkap itu, seolah-olah cermin kaca itu hanyalah imaginasinya sahaja.

“Kita stay je kat sini.”

“Kenapa?”

“Just because … running away and moving on aren’t always the best option.’’

Keri bangkit dari kerusi. Terasa mahu benar-benar capai pokok di luar rumah dan patah-patahkan setiap ranting yang ada.



“Dan kita mesti relakan kenyataan.”

“Ada nada Indonesia kat situ. Lagu Padi, aku tahu la.”

Dedi mencebik bibir. Dia sambung, “Kalau camtu, kau sepatutnya tahu apa yang kau patut buat sekarang.”

Running away and moving on aren’t always the best option. Kata-kata Dedi semalam menusuk jantung lagi sekali. Ah, parah!




“Why would they provoke others? Just leave them with their thoughts. They never really  try to understand us in the first place pun,” selamba saja Dedi cakap.

“I’m not fooling around tonight. I’m not trying to win you back,” tanpa rasa bersalah dia menyanyi lagu Butterfly Boucher.

Keri tak senang duduk. Kepala mula berserabut dengan lagu yang dipasang Dedi.  He could be right at times and he could be wrong too, most of the time. Tak sanggup nak diberitahu Dedi, jadi dia cakap dalam hati saja.



“Kau tahu tak apa aku jumpa tadi petang?” Keri mula buka conversation serius di meja makan.

“Amoi dah balik kan? Hmm aku pun ada nampak tadi, dia sibuk angkut souvenirs berkotak-kotak masuk dalam rumah. Confirm dia lupa belikan untuk kita sebab bila dia perasan aku pandang dia, dia senyum je.” Dedi tanpa adab terus sumbat masuk dalam mulut seketul isi ayam.

Keri mengeluh kecil, “Aku jumpa buku Lil Green. Dalam kotak dalam bilik aku.”

Dedi berhenti mengunyah lalu memandang Keri. “Kau cakap apa tadi? Lady Green? Ke… Lil Green?” lambat-lambat dia menyebut.

Keri mengeluh sedikit kuat. “Kau pun tahu kan sebenarnya? Lil Green, kau tak silap dengar.”

Dedi mula membetulkan duduk. Jari diketuk-ketuk di pinggan. Serious mood is on. Keri di depannya dipandang serius tapi Keri langsung tak berkedip memandang pinggannya.

“Since everybody lies, rasanya kau tak payah nak try to explain apa-apa,” senada je ayat tu keluar dari mulut Keri.





--- bersambung, kot



“Kau tahu tak berapa collection aku?” Keri buka mulut.

Dedi pandang sebelah sekejap sebelum sambung layan movie. “Lima? Enam? Dah cukup lah tu kan?”

Keri pandang sebelah pulak kali ni. “Kau biar betul. Serius dah cukup ke tu?”

Dedi pandang lagi sekali. “Serius cukup kau jangan nak tanya sampai dua kali. Itu memang maksimum dah tu.”

Keri cuba untuk tak pandang lagi sekali tapi kepalanya dah bergerak ke sebelah. Senyuman pecah sambil kawal mulut dari repeat soalan yang sama.



Buku warna hijau di tangan dibuka. Berhapuk sungguh buku ni. Dibelek-beleknya buku itu, cuba mencari mood dalam memegang buku yang ada sentimental values.

Sampai di satu muka surat tu, ada kertas kecil yang terselit. Dia buka. Bahasanya dah macam familiar tapi satu ayat pun tak boleh dia faham. Tulis terbalik eh? Dalam hati dia tertanya-tanya sendiri.

Diambilnya cermin kecil yang ada di atas meja. Setentang dengan kertas tadi, diletaknya cermin tadi. Dia cuba membaca apa yang terpantul pada cermin.

Matanya mula membulat. Terasa pipi mula berasap-asap. Heart beats faster than ever.

‘ Aku saja tak nak bagitahu. Semua orang pun tahu la. Sebenarnya dragon ball ada tujuh biji semuanya. ‘ –Dedi&Geng



--- haha ini spoiler maha dahsyat.




Cubaan meruntuhkan blok-blok tersusun dah bersepah dalam fikiran masih dalam status : in the making. Come on, ayuh pecahkan blok-blok ini.


No comments: