20130522

this life that we took for granted

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum :D

 1. Tahukah anda bahawa dalam masa dua minggu, goodbye lectures? Namun kita masih dalam episod hoi assignment hoi report hoi ada apa dalam otak kita?
  



 2. Masa tunggu turn, terdengar dari belakang suara seorang wanita bertanya, “Ada pen dua ringgit tak?”

Si penjaga kedai menjawab apa saya lupa, dengar tak dengar. Dia tanya, “Nak buat apa?”

Elok saya refer wanita tersebut sebagai mak cik baik saje. Maka mak cik baik jawab, “Nak bagi kat cikgu.”

Si penjaga kedai tanya balik, “Sejak bila ada cikgu?” dalam nada gurau-gurau.

Disapa pulak oleh sorang akak lembut, “Hari guru ke?”

Mak cik baik pun reply, “Haa, anak nak bagi hadiah hari guru. Tu nak cari pen dua ringgit tu. Takkan nak bagi pen seringgit setengah. “ Sambil-sambil tu, mak cik baik belek-belek pen-pen yang ada kat kedai tu dengan riang hati.


Senyap saya sorang-sorang kat situ. Mak cik baik, nak nangis boleh? :(


Kadang-kadang kita took life for granted kan? Kita rasa semua benda dalam dunia ni penting bila kita perlukan je. Kita rasa hidup kitalah yang paling complicated dan penuh dugaan. Kita appreciate benda yang bernilai saja, yang kurang ada nilai kat mata kita, pandang tak pandang saja.

Mak cik baik ni memang sorang yang baik. Saya tak kenal dia personally, tapi selalu nampak dia waktu dia kerja. Kalau dia pandang, dia akan senyum je kat semua orang. Nampak lembut dan penyayang sangat.

Mungkin mak cik baik bila balik rumah, anak dia minta hadiah nak bagi kat cikgu. Mak cik baik, mak cik buat saya sebak. Disebabkan ikhlas, mak cik cari pen yang jauh lebih mahal. Sebab anak mak cik minta, untuk bagi pada cikgu. Sedihnya.

Hari ini Allah tentukan saya untuk duduk di kerusi tu pada waktu itu, untuk dengar perbualan dan tengok mak cik baik belek-belek pen dua ringgit untuk anak mak cik. Allah nak ingatkan saya yang dalam hidup ni, bukan kita sorang je yang ada. Bila kita mula rasa selesa dengan tempat atau kedudukan kita, ada ramai lagi yang kurang bernasib baik daripada kita. Bila kita mula rasa tak selesa dengan kedudukan kita, ramai lagi yang sabar dengan nasib mereka yang mungkin lebih menyedihkan daripada kita.

Hari ni, Allah nak ajar saya cara bersyukur. Apa saya nak, dalam susah sikit saya, saya boleh dapat. Sebab ada duit. Tapi itu pun banyak merungut lagi. Apa yang saya nak makan, pergi cucuk kat atm sekejap, boleh makan apa saja yang ada terhidang depan mata.

Tapi nasib orang lain tak sebaik nasib kita.

Allah nak ingatkan saya, saya tak boleh selfish. Tak boleh mengeluh banyak sangat pasal hidup yang mungkin pada mata orang lain, sudah selesa. Kena belajar bersyukur. Kena belajar berterima kasih pada Tuhan. Kena belajar muhasabah diri.

Ada orang pernah tulis, berkat itu tak semestinya banyak dalam nilai. Mungkin tidur sekejap, tapi rasa bertenanga je bila bangun. Mungkin sebab tidurnya dapat berkat daripada Allah. Kita mungkin tidur enam belas jam tapi rasa tak cukup. Dapat makan semua benda tapi rasa tak cukup lagi. Mungkin bukan pada kuantiti kepuasan itu ada. Mungkin sebenarnya, berkat Allah tiada di sisi kita.

Sedihnya:(

Kita tak perfect, takkan pernah perfect. Kita sama-sama akan berdosa, akan bertindak luar batas. Walaupun orang tengok kita macam okay semua benda, kita tahu diri kita sendiri. Kita tahu baik buruk diri kita. Mungkin bila orang nampak yang baik saja pada diri kita, kita kena ingat, ni semua sebab Allah tutupkan aib kita pada mata manusia. Tapi Dia tetap tahu dosa-dosa dan keaiban kita.

Nampaknya kita kena belajar bersyukur dan berterima kasih sebab Allah tak jemu tutup aib kita walaupun kadang-kadang kita tak sengaja membuka aib sendiri atau kita sengaja membuka aib orang lain. Mungkin kita kena baiki diri sendiri dan jaga aib sendiri. Mungkin kita kena ucap Alhamdulillah banyak-banyak lagi. Mungkin kita kena cari redha Tuhan betul-betul dulu bila kita terlalu mencari kepuasan hati manusia.

Ya Allah, kami ini hamba-hamba-Mu yang mudah dibolak-balikkan hatinya. Tetapkan kami pada jalan ini dan bimbinglah kami. Sesungguhnya kami adalah insan yang lemah.

Now, say what? Alhamdulillah, ada pengajaran daripada Allah untuk kita hari ini. 

No comments: