20130429

The circle game

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum ;)


3:103
6:32


Pandang kanan, pandang kiri. Masing-masing sibuk dengan hal masing-masing. Kita diam sorang-sorang.

Pap! Ada orang sentuh bahu kanan.

"Kalau free, nak join majlis ilmu kami pun boleh," dia ajak sambil senyum.

Senyum balik. Pandang kiri kanan. Orang dalam bulatan tadi senyum mengajak. Kita dalam blur pun join lah.

"Nah, ikat sellotape ni kat jari. "



Orang first start.

"Saya D. Pelajar PhD first year."
Jaw drops.

Tenenet tenenet. Next. Dia balik benang kuning tu kat orang opposite dia.

"Saya A. Pelajar PhD...."
Uuuuuuu x_x

Next next next. Sampailah turn kita. Hmm biasa saje la.


Kemudian, sorang yang kita ingatkan 'akak' padahal sama umur, letak satu buku atas benang-benang tu, kat tengah-tengah. Dengan harapan, buku tu takkan jatuh bila kami bangun.

Wait! Macam impossible campur possible di situ.

Kami pun nak berusaha la bangun. Eh eh, jatuh. Hmm seperti yang diduga. Okay, try sekali lagi. Ah ah, jatuh. Okay ehem, try sekali lagi. This time dari posisi berdiri kepada duduk. Time ni semua orang berkerut muka, tangan pula tarik-tarik benang ke kiri kanan, make sure benang mereka boleh support buku tu daripada jatuh lagi.

Berjayaaaaa ! :D

Pengerusi majlis sambung. Okay semua orang kena bagitahu ibrah/pengajaran daripada aktiviti tadi. Heh? =.=











Different people, different views. Maka, banyaaaak kesimpulan ada.

Kata someone, tali tu umpama hati kita-kita yang bertaut. Hmm bahasa high class di situ. Kemudian ada pula yang sambung pakai ayat 3:103. 



" Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, 

dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliah) bermusuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu, sehingga dengan karunia-Nya kamu menjadi bersaudara, 

sedangkan (ketika itu) kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana. 

Demikianlah, Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk. "



Ada perkaitan ayat tali dan bertaut di situ. Haa nampak tak motifnya?

Kemudian yang lain pula kata, buku tu umpama ujian dalam hidup kita. Lubang-lubang between benang tu pun macam ujian juga lah. Kita mungkin akan jatuh ke dalam lubang tu. Jadi kita kena hati-hati sebab life is a test.

Orang ini pula kata, hidup kita macam tali ni jugak. Macam waktu kita nak naik, kita mungkin akan jatuh. Tak semestinya kita nak naik tu, kita akan forever naik. Mesti kita akan jatuh jugak somehow. Hmm maka konklusi saya, beginilah hidup. Akan ada ups and down.

Orang lain pula cakap, hidup macam tali tu. Kita tak mungkin mampu angkat buku tu kalau berpegang pada satu benang tu saja. Bila ada dua jari yang pegang benang, still tak mampu. Tiga? Tak pasti. Tapi bila dah beramai-ramai dan semua orang cuba untuk pegang dan make sure buku tu tak jatuh, everything seems possible. Macam tu la hidup. Sorang-sorang tak mampu survive bila diuji. Perlukan support daripada orang lain. Support tu perlu. Baru kuat. Tak boleh sorang-sorang.





Game ditutup dengan ingatan 6:32. Life is a game.

Kehidupan dunia hanya mainan dan gurau senda. Kehidupan akhirat jauh lebih baik. Tidakkah kamu mengerti?

Tak faham ke? Tak faham ke? Tak faham lagi ke? Life is a game. A temporary one. A temporary game. Don't you get it?

Begitulah sentapnya kita sejam dua selepas itu apabila mula tersedar dan berfikir balik akan kenyataan tersebut.

Hmm life is a game.




Bila balik bilik, terjumpa satu kertas. Tadinya kertas tu terselit bawah pintu. Kali ini dah dipijak-pijak di luar bilik. Tulisan pada kertas adalah:

Jom datang ke circle game...setiap ahad...


Eh eh eh. I was in that game. The circle game. 

Kutip kertas tadi dan letak atas meja. Kesian kertas yang tak berdosa lagi bermanfaat tu lalala insyaAllah next game, sesiapa nak join boleh la datang. Macam someone cakap, kalau kita tak boleh nak infakkan apa-apa harta, at least kita boleh infakkan masa sedikit between maghrib-isya untuk Allah. Hmm begitulah katanya sambil memandang saya sambil senyum.


Message received, insyaAllah.



Tenenettenenet. Sekian, adios. Assalamualaikum :)



No comments: