20130302

Leaving teen,

When one good thing happen, don't you wish it would last for ever?
When one bad thing happen, don't you think it would be for ever?


Thank you to Allah SWT yang Memulakan segalanya.
Terima kasih kepada semua hamba-Nya yang ada through out these years.
Thank you to little things in life, appreciated or forgotten.


Sebak sebelum mula apa-apa lagi, kau kenapa? Haha






---


That awkward moment, bila ada orang tiba-tiba cakap depan-depan,
" Aku baca kau punya bla bla bla, "
" ... (senyap)... "


Pelik rasanya. Janggal rasanya untuk senyum dan reply apa-apa.

Maka cara terbaik untuk lari adalah pretend tak dengar, ubah topik.
Awkward. Kita diam-diam, boleh tak? :l


---


She bought Hershey's Milk Chocolate Bar for herself.

---


I have wishes. Many wishes.
I have prayers. A lot of prayers.

And that has made all the difference.


---


I want nothing.
He knows I want nothing from any of you.
He knows what I want.

He hears me.


---


Takut kalau terhenti dalam laluan ini di tengah-tengahnya.
Takut melihat ramai yang lain jauh ke depan.
Takut melihat diri sendiri jauh ke bawah, terduduk.
Takut kita akan berhenti sampai bila-bila.
Takut kita tak nak bangun lagi.
Takut kita kena ulang semua ini semula.

Kalau kita seorang stranger di daerah unknown, tak apa.
Tapi kita seorang stranger di daerah ini.
Yang takut jatuh bukan kerana kita seorang.
Kerana ia bakal melibatkan orang lain.

Takut ini takut yang tak pernah terluahkan.
Tak pernah terluah kepada sesiapa pun kecuali adik-beradik sendiri.
Kerana kuasa takut ini sangat menyebakkan untuk dicerita ke sana ke sini.
Kerana kuasa takut ini begitu mengecewakan diri sendiri untuk ditangisi bersama orang lain.

Kerana takut ini, cuma Tuhan saja tahu.


Dan kerana takut ini, tiada apa-apa yang boleh baikkan keadaan ini.
Melainkan apa yang Dia berupaya lakukan dan beri.


---


Terima kasih Allah kerana mendatangkan orang-orang ini,
Yang mungkin pada luarannya takkan pernah kita kenali.
Sehinggalah Engkau ajarkan kepada kami,
Ini adalah saudara-saudaramu.

Kedua orang tua ini adalah ibu dan bapamu.
Kamu ini datang dari Tuhan.
Melalui orang-orang yang kamu gelarkan ibu dan bapa.

Saudara-saudaramu ini didatangkan kepadamu,
Untuk menenangkan kamu,
Untuk menjadi teman kamu,
Untuk membimbing dan mengingatkan kamu.


Untuk kamu bercerita tentang apa yang kamu takutkan,
Apa yang kamu sedihkan, yang kamu tangisi dalam diam,
Tetapi kamu rahsiakan daripada temanmu yang lain.

Ini, dihadirkan kepada kamu,
Orang-orang yang kamu gelarkan saudara, ibu dan bapa,
Untuk mendengar adumu, keluh-kesahmu, kesedihanmu.

Terima kasih Allah.


---


You gonna go far.
Stumble.
How can this distance be equivalent with the word far?

In your dreams.
In your prayers.
In your tears.

The God counts.



---




I know. I know. I know He's here. And that's why I cried. 
Because He's forever here, through the smiles and tears.
Because He sees everything.


---


Yang diperlukan sekarang adalah bisikan daripada Tuhan.
Ujian ini; walau kita terasa lemah dengannya, sebenarnya sedang menguatkan kita.
Maka hati yang sedih ini perlu direndam dalam kepercayaan bahawa Tuhan tahu.
Bahawa bantuan Allah itu sangat dekat.

A stronger me is needed.
Because Allah is forever here.






Dan benar, apa sahaja yang Allah sudah takdirkan untuk hamba-Nya, tak akan pergi meninggalkannya. Tiada yang dapat menghalangnya. Apa sahaja yang Allah sudah takdirkan untuk ambil daripada hamba-Nya, akan diambil tanpa halangan sesiapa pun. Dan tiada seorang pun penolong yang dapat menolong manusia dalam keadaan mana pun mereka, melainkan dengan kehendak Tuhan.

To Allah we belong.




---




I cried thinking the worst possible thing that could happen to me.
I cried thinking how would I face it soon.
I cried thinking how worse would I feel and how worse others would feel.
I cried thinking of the uncertain things, the unsure things.
I cried thinking about the future.
I cried thinking of those things I know nothing of.
In the end, all I know is nothing.






---











Akhir kata, terima kasih Allah untuk semua ujian dan nikmat daripada-Mu.
Moga dengan semua ini, iman lebih baik untuk akhirat.
Dan kembali kami kepada-Mu, bukanlah sebagai orang yang rugi,
Tetapi sebagai orang-orang yang beruntung.
InsyaAllah, amin.



Hilang sudah semua sedu-sedan.
Sudah kering air mata.
Sudah tiba masa ucapkan Alhamdulillah.
Kerana tiada nikmat-Nya yang mampu kita dustakan.


Senyum benar-benar tabah sedang terukir (:
Nur Amira Azreen, terima semuanya (:
InsyaAllah semuanya akan baik-baik sahaja.
Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah 
All praises is due to Allah.










Selamat hari jadi.


02032013 
1201 am 
A place called home.


No comments: