Salam sore.
Terbaca satu artikel yang input utamanya adalah dengar,
dengar, dengar dan dengar. Itu yang terbaik. Kecamuk fikiran dua tiga hari ini
dalam sibuk-sibuk. Ada ketidakikhlasan sepanjang waktu tu. Susah, susah. Nak buat
itu rasa tak best, tak nak buat pula rasa tak selesa.
Ini akibatnya tidak ikhlas.
Muka tegang habis memang tak boleh sorok. Rasa macam nak
duduk depan cermin dan suruh orang dalam cermin tu tampar puas-puas je. Okay extreme.
Senyum habis ditelan masuk dalam pipi sambil gigi diketap rapat-rapat. Ada ketidakikhlasan
di situ.
Ini akibatnya tidak ikhlas.
Rasa bersalah tak datang berderu-deru. Dia datang singgah
sebentar bagi penampar halus. Zapp tersentap pun akhirnya. Minta maaf kalau
rasa kurang selesa dan nak menampar je dua tiga hari ini. Silap diri ini tak
reti didik semangat jangan mengada-ngada sangat, diri tolonglah kuatkan azam
untuk ikhlaskan semua dan telinga dengarlah sebanyak mungkin.
Ini akibatnya tidak ikhlas.
Tapi hati tak boleh tipu. Ditanya berulang kali sepanjang
hari-hari berat itu. Selama mana harus mendengar? Sampai bila telinga harus
menadah? Sekejap, apa perkataan tadi? Harus? Bukan patut ke, sepatutnya? Sampai
bila telinga patut menadah? Itu soalan sebenar, kan?
Flashback artikel bawa kita jawab pada diri, katanya; pertama,
dengar. Kedua, dengar. Ketiga, dengar. Perkara keempat yang patut dibuat,
barulah bercakap. Maka hati cuma disedapkan dengan isi artikel itu. Dengar sajalah
telinga, dengar.
Bila tiba masa mulut terbuka, ya mungkin itu sudah sampai
turn keempat, keadaan tidak mengizinkan. Telinga disumbat lagi. Suara tidak
didengar, tapi telinga harus mendengar. Hati sedih. Mana turn mulut untuk
bercakap? Hati sedih, mulut sedih, telinga terus tertutup untuk mendengar.
Akhir hari, telinga decide tak mau dengar apa-apa dah.
Dan kesombongan telinga yang sudah penat mendengar tapi
merasa ketidakadilan
berlaku pada mulut yang tidak terdengar suaranya – inilah yang
membawa kepada ketidakikhlasan.
Sedih.
Ikhlaskan diri mendengar dan bercakap pada saat keempat. Katanya
mahu jadi pendengar yang baik, mungkin ini caranya? Mulut jangan sedih, mungkin
Tuhan mahu jaga jangan keluarkan apa-apa yang tidak berguna. Duduk diam-diam,
dengar saja. Jangan marah, jangan cakap apa-apa yang tak bermanfaat. Dengarlah
manusia dan seisinya bercakap, dan audit diri sendiri.
Fuyoo, apa hal bahasa sekarang semacam ini. Audit diri? :D
Awesome maksimum ini namanya. Muhasabah diri ya, Amira
Azreen?
Dan Amira Azreen minta maaf dengan semua untuk semua silap dan salah T___T
No comments:
Post a Comment