20130117

This eyes saw it all

Assalamualaikum.


Ada cahaya oren sapa dari sisi. Terbatas dengan kain hitam, tetap dia tembusi. Pasir penuh dengan tapak, kaki siapa kita tidak tahu. Jalur banyak, petak banyak, bentuk pelbagai. Yang pasti, berterabur dan dipijak-pijak. Kalau bukan kamu memijak, maka pasti kamu dipijak. 

Hari ini lain dari sehari sebelum semalam. Eh gilir hari ke apa? Alasannya mungkin 'ah, kita rehat kemudian cuba kemudian rehat lagi' atau 'today is not the right day'. Daripada pecutan bergilir perjalanan perlahan, kemudian dipintasi derapan kaki laju, hari ini hanya ada ayunan kaki steady.

Cool jugak


Daripada speed konon laju dengan air berderu-deru menyimbah atas muka, kepada senyuman matahari di celah daun hari ini, lain kan? Daripada rasa panas-panas sejuk sehingga kononnya merah hitam effectnya, hari ini cuma ada angin bergerak bersama-sama kita.

Masih solo.

No hal. 
It was fun indeed.


Entah berapa juta tasbih naik kepada Dia sepanjang perjalanan seorang hamba. Entah berapa laju ingatan dia kepada Dia. Entah berapa lama kita harus ingat untuk ingat ini.

Pada akhir pagar, ada derapan melaju di sisi. Ah terasa tercabarkan engkau dengan kaki steady ini? Ah sebenarnya kita yang terasa dicabar. Tapi melihat view melebihi view salji di oversea, kita mengalah. Untuk apa dilawan, kita bukan mahu menang. 

Kita cuma mahu habiskan,
Dengan hati tenang.


Bukaan masih sama, tenang-tenang hati. Pagar menyambut kita, si maintain. Ah kau sedang mengangkat piala kemenangan kah ? Salah. Kau mengangkat prinsip engkau.

Jalan terus tanpa henti.


Selekoh jadi perbedaan, bila kayuhan mengalahkan ayunan. Tiada kesedihan menerpa, cuma senyum tumpang gembira. 


Kita sama-sama berjaya dan gagal dalam cara kita yang tersendiri,
Hari ini.



Terima kasih Tuhan.
Ampunkan hamba.
Sesungguhnya hamba termasuk dalam kalangan yang menzalimi diri sendiri.



No comments: