Assalamualaikum :)
Terlihat sesuatu yang biasa kita rasakan, terjadi pada orang lain. Terasa sesuatu dalam hati.
Tumpang merasai sedih.
Telah Allah takdirkan, seseorang berkata (kepada kita) sebegini baru-baru ini :
" Walaupun sesukar mana pun apa saja yang awak ambil atau buat sekarang, ingat - ada je yang lulus. Yang dapat 4.0.
Jangan tanya kenapa awak ada kat sini. Awak ada kat sini sebab Allah dah tetapkan begitu. Awak ambik apa yang awak ambik sekarang sebab Allah tahu kemampuan awak mampu untuk benda tu.
Allah dah aturkan dari dulu lagi. Ingat, Allah takkan membebani hamba-Nya melainkan apa yang mampu dia atasi. Allah tahu awak boleh, sebab tu Dia bagi awak ada kat sini. "
Kita senyap je dengar. Sentap, muhasabah diri sendiri. Banyak sangat bertanya kembali pada Allah selama ni, banyak sangat. Nah, sekarang Allah sudah tegur melalui hamba-Nya. Astarghfirullah. Alhamdulillah :')
Maka, yang tadi tu - kawan yang sedih. Niat cuma mahu seboleh-bolehnya beritahu dia, jangan risau, semua kan baik-baik saja.
Sebab itu lah begini semampunya, untuk tenangkan hatinya. Moga Allah sampaikan kepadanya :)
Been there, done that.
Felt that, thought that.
Selalu sangat.
Soalnya, kenapa?
Dan kenapa kita?
Allah tegur melalui hamba-Nya,
Dia ingatkan semula janji-Nya,
Setiap apa yang berlaku pada kita telah pun termaktub dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Allah wujudkannya lagi.
Kenapa? Belek ayat 22 & 23 surah Al-Hadid.
'
(diam)
Kemudian Allah tegur lagi.
Dia ingatkan,
Kita ada kat sini sebab Allah yang letakkan.
Kenapa Allah buat macam tu?
Sebab inilah jalan yang Allah nak kita rasakan sekarang.
Sebab inilah jalan hidup kita yang Allah tentukan buat masa ini.
Belum tentu kita akan berjaya melepasi jalan ini, belum.
Belum pasti kita akan boleh survive dan hidup bahagia dengan jalan ini, belum.
Tapi, walau apa pun tanggapan kita pada takdir Allah sekarang,
Mari sama-sama bersihkan semula niat kita.
Yakin dengan aturan Dia, pasti akan ada hikmah.
" ... Allah tidak membebani seseorang melainkan (sesuai) dengan apa yang diberikan Allah kepadanya. Allah kelak akan memberikan kelapangan setelah kesempitan. "
(QS At-Talaq 65:7)
" Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. "
(QS Asy-Syarh 94:5-6)
Ada sebabnya, tapi cuma Allah yang tahu.
Part kita ; mari kita mulakan semua ini sekali lagi.
Mari kita bangkit, cuba dan berusaha lagi (:
Jom kita bangun sama-sama, kawan ! :D
No comments:
Post a Comment