20121031

Untuk kita - yang jatuh hari ini.

Assalamualaikum.

Post pendek beritahu semua masih okay di sini - walau diam.



Perbualan setengah jam dan tanpa sedar, ada aura merebak.
Sama-sama denatured, sama-sama jatuh.
Sebelah sana suara gembira bercerita.
Sebelah sini suara nasib baik ada sikit-sikit.

Mengeluhkah?

Somehow, takdir.
Dulu kita pernah duduk semeja dan berbicara.
Kata kita, ini jalan masa depan kita.
Kita nampak mana hala tuju kita.
Kemudian, kita pilih jalan masing-masing.
Tak pernah jalan-jalan yang kita lalui ini bertembung apatah lagi bersambung.

Sekarang apa?

Lihatlah jalan kita.
Langsung menyimpang dari jalan dulu.

Menyesalkah?

Bukan itu soalnya.
Soalnya masih sama dengan soalan permualaan dulu.
Kenapa?

Masih dalam ketakutan yang samakah kita?

Dengar sini, mari kita lepaskan baik-baik ketakutan ini.
Pusing, pejam mata dan jalan.

Somehow someday, sesuatu yang kita takutkan ini akan berlaku.
(down lagi)



Suara dari jauh menjerit memujuk.
Kita kan sama-sama bangkit.
Kita kan sama-sama bersemangat.

Tiada suara dari jauh untuk berbisik.
Tapi ada suatu keyakinan yang kuat di sini, di sini, di sini, di sini,
Yang benar, cuma Allah yang tahu,
Sesuatu yang baik bakal datang.


Angkatlah semangatmu,
Bangkitkan hatimu.

Kayuh semula.
Mari kita bermula semula.

Mungkin kali ini dengan kosong-kosong.


Tapi kali ini, ketatkan semula keyakinan pada Dia yang mula longgar.

Dan someday, we shall read this again - together side by side, insyaAllah :)
Oleh itu, untuk kawan yang jatuh - sama-sama jatuh -
Mari kita tiup semula belon aura yang sejak dulu kencang bertiup.

Mari kita buka langkah sama-sama.
Perlahan-lahan.



Sampai kita boleh suka,
dengan apa kita punya sekarang.

Senyum.
Itu yang Dia mahu, kan?


Selamat bertabah, selamat bertahan, selamat bangkit lagi untuk kesekalian kalinya, best friend.
(:




Selamat malam, Assalamualaikum :)

No comments: