20120730

# Mission possible something

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum :)


Maka akhirnya selesai sudah dengan suatu mission ini walau pun lambat. Takpe, yang kita kejar bukan cepat sebenarnya tapi hasil apa yang kita dapat ececeh.




Apabila Anak Gadis Berfikir Berkenaan Nikah (m/s 799)


" Ia suatu persoalan besar. Keputusan mahu menikah dengan siapa adalah keputusan berkenaan soal akhirat. Mencari yang sempurna memang tidak ada. Saya akan titipkan untuk Qasdi dan anak-anak di KOSDAT berkenaan ciri-ciri yang perlu mereka renungi sebelum memilih pendamping hidup. " - Ibu Dhiya'



Mawarku sayang, 




Siapa pun pilihanmu, semoga kamu memilihnya dengan petunjuk Allah dan Rasul. Sekiranya kamu meminta ibu dan ayah memilihkan untukmu, nescaya kami akan mencari menantu yang mempunyai ciri-ciri tertentu.

Ciri-ciri yang ideal ini insyaAllah akan kamu temui sekiranya kamu persiapkan dirimu terlebih dahulu untuk memilikinya. Tidak perlu bercinta bagi mengenali peribadi pasanganmu. Cukuplah kamu mengenali peribadimu sendiri dan berusaha menjadikan peribadimu lebih baik.

Pendampingmu yang kami impikan seboleh-bolehnya memiliki kualiti-kualiti berikut:

  • Kualiti agama
Orang yang beragama hidupnya matang dalam menghadapi apa jua masalah. Dia sentiasa menghayati pesan Allah dan Rasul agar mencintai, mendidik dan memuliakan isteri dan keluarga. Rumah tanggamu pasti bahagia.


  • Sentiasa berusaha meningkatkan diri
Orang yang mampu mencintai orang lain adalah orang yang mampu mencintai dirinya sendiri. Sekiranya dirinya sendiri tidak terurus, bagaimana dia mampu menguruskan pasangan dan anak-anaknya ? Setiap kekurangan insan, ada peluang untuk berkembang dan menjadi lebih baik. Pasangan yang sentiasa berlapang dada akan tenang mendengar nasihat, belajar daripada kesalahan dan memahami kekurangan seseorang. Insan yang sentiasa melatih diri bagi menjadi lebih baik akan sentiasa berusaha menjadikan keluarganya lebih bahagia. Dia bersikap positif terhadap kehidupan sehingga menjadikan setiap halangan sebagai peluang.


  • Mampu berkongsi perasaan
Berkongsi perasaan adalah keperluan cinta dalam rumah tangga. Pasangan yang mampu berkongsi perasaan biasanya tidak mempunyai masalah komunikasi dengan pasangannya. Sentiasa berbincang dan meminta pendapat. Komunikasi yang hikmah adalah model penting dalam membangunkan keluarga sakinah.


  •  Memiliki integriti, kematangan dan tanggungjawab
Pasangan yang baik ialah orang yang baik terhadap diri sendiri dan baik terhadap orang lain terutama dengan pasangannya. Kejujuran dan kematangan menentukan masa hadapan dan menambahkan nilai integriti dirinya. Dia juga bertanggungjawab terhadap apa jua risiko yang diambil.





Okay cuma itu yang rajin dicopy kehkeh. Why copy? Why?
Sebab waktu baca tu, ada sesuatu sedang bermain hebat dalam kepala mengatakan hey kau tak rasa ke jodoh kau dengan kematian lebih dekat dengan kau daripada jodoh dengan manusia.

(:

Because someone might not read the book yet. Dan mungkin selepas ini semua orang yang terbaca isu di atas tiba-tiba terus menyerbu ke popular untuk berebut sebuah novel tauhid ini sebelum dirampas oleh pembeli lain atau tiba-tiba sahaja terus ke bank islam dan bank in duit untuk postage tanpa berfikir panjang lagi ececeh.

Apa-apa saje lah. Buatlah apa-apa. Kalau tak baca lagi, hah amiklah bacalah. Phew letih tau *sapu peluh di dahi* nak tunggu habiskan satu buku ni sebab diri ni sebenarnya kurang rajin membaca kehkehkeh dari terguling kepada tergolek kepada tertidur, akhirnya setelah berapa bulan - mungkin empat bulan - baru habis baca hihi :D





Ya benar, akhirnya buku yang dipos kepada penerima comel yang mempunyai nama comel tapi telah dimanipulasikan (mungkin secara tidak sengaja - takpe takpe saya redha dah sekarang kuehkuehkueh) dengan tertambah perkataan '-ul' di setiap nama comel itu baru habis dibaca kuehkuehkueh boo diri sendiri sebab slow hihi


Maka dengan ini, Nurul Amirul Azreen mengucapkan salam perantauan buat kehkeh salah script, mohon ulang.


Keep it short meh hihi. 



Full credits and thanks to :

Ustazah Fatimah Syarha bt Hj Mohd Noordin
Blog : http://sebarkanbahagia.blogspot.com/

Isi dipetik daripada novel Sebarkan Cinta-Mu

Terbitan PTS Litera Utama Sdn Bhd

Terima kasih daun keladi. May Allah bless :)










Terus terlupa apa dah nak bagitahu ish ish.

Kalau ingatan sudah pulih, ya mungkin bakal diberitahu.
Mungkin dalam post lain, insyaAllah.

Assalamualaikum :)










No comments: