20110420

# The Script : HidayahTaufiq

Di bawah sini ada sebuah kisah klasik :


Tutt tutt tett tett. Pandanganku pada skrin laptop Apple beralih ke arah Nokia Xpress Music 5510 di atas bantal berwarna crème. Badanku yang sememangnya terbaring di atas katil terus kugolek ke bahagian kepala katil menghampiri bantal itu. Ringtones Check Yes Juliet masih menari-nari di dalam bilikku. Cubaanku untuk mencapai telefon itu dengan kaki gagal. Mahu tak mahu, kugagahkan jua tanganku yang agak bermuscle untuk mengambil telefon itu.

“Oh, yes! Finally!"


Kutenung skrin. Tertera: Aufiq ;]

Lantas, butang hijau kutekan.


“Em, hello?”

“Ehem ehem. Assalamualaikum.” Suara di seberang sana berbunyi perlahan.

Aku terpana. Malunya tak bagi salam. 
“Opps.. waalaikummussalam. Hehe. Yes Aufiq, may I help you?”

“Heh, no worry. Sokay. Anyway, Dayah kan adik abang Aufiq. HAHA, “ kuat pula ketawanya selepas perkataan abang dikuatkan.

“Eee, kau tak habis-habis dengan title abang kau tu. Bila masanya lah aku jadi adik kau hah? Tapi kan, aku rasa lah kan, aku cam menempah maut je kalau teringin jadi adik kau, haha. Entah bilalah pulak nak stop gelar diri kau tu abang eh ? Aku panggil kau Aufiq, kau buat derk je. Nak suruh panggil abang jugak! Alahai, mengada betul,” aku menarik muncung sedepa. Sesuai jugak buat iklan lipice. Confirm out.

“Sampai kita tua, HAHA!”

Bibir kucebik, “WSE-lah.” Dalam hati, aku kata, sah sewel!

“Boh layan lah tu. Erm, abang call ni just nak kasitau that I’ve found her.”

“Huh? Sape? Anak kucing yang hilang hari tu?”

“Hissh, yang tu belum. Abang dah jumpa Hidayah yang abang cari selama ni!” jeritan Aufiq memekakkan telingaku.

“You-what?” hamper tersedar Kinder Bueno di tekakku. Relax, Dayah. Relax. Cool.

“You’ve heard me. I’ve found my Hidayah.”

Kinder Bueno kutelan perlahan lalu terkoyak senyuman. Mata kupejam. Yes, dia dah sedar kewujudan aku dah. Aku ingatkan aku terpaksa jadi Sleeping Beauty yang terus mengharapkan kehadiran Prince Charmingnya tapi tak pernah ada untuk selama-lamanya. And now, this moment! Dia dah jumpa jalan ke hati aku. The Prince had found the Sleeping Beauty. Yes!

“So…?” suara ter-romantik kejap.

“Er, apa kena dengan suara kau tu? Macam katak jeh? K lah.. tell u later. Gotta go. Bye.”

Call ended. Grr.

xxx


“Ya Allah, handsomenya! Argghh, tak tahan aku. Fuh, sabar Dayah, sabar. Ingat Allah.” Terkebil-kebil mataku.

“Hoit, apa hal pepagi memekak? Kau baru tahu ke? Masya-Allah Hidayah Azmi, kenapalah kau tak pernah perasan ciptaan Allah yang sempurna ni selama ni? Tu lah kau, dah 10 tahun dah kita hidup berjiran together forever and ever, tapi hari ni, masa kau umur enam belas tahun baru kau nak nampak kehandsomean aku? Memang tolak tuah betul lah engkau. Cuba kau bukak mata kau luas-luas, for once in your life, aku beg kau, tatap muka aku ni!” panjang lebar elaboration mamat ni.

“Sebabkan aku tak nak hampakan kawan aku, aku tatap lah muka kau. Walaupun berkerutuk je yang jelas kat mata aku,” aku membidas.


Dengan pandangan sehabis curiga dan was-was, aku pandang dia. Kening kiri aku terus melonjak naik dengan velocitu 2km/h. Dia apa lagi, terus bagi pandangan maut dan sehabis macho lah kat aku. Kaki aku yang tadinya lancar berjalan, terus terhenti. Tangannya pula yang tadi memegang lollipop di dalam mulutnya kini mendakap tubuhnya. Mulutnya bergerak ke kiri kanan mengikut gerakan gelombang lollipop.

Beberapa saat berlalu begitu sahaja. Keletihan dalam memaintainkan gayanya yang seperti model lollipop, dia mengangkat kedua-dua keningnya. Aku dapat agak apa yang dia maksudkan dengan keningnya itu. Kalau dia angkat dua-dua kening dia, mesti dia nak tanya, “ So, what do you say?”

Mata aku masih tak lepas memandang dia. Observation means focus. And now I am focusing on him.Hurm, this is Afiq. Or, should I say, Taufiq? Er, entahlah. Aku dah terbiasa panggil dia macam tu. Even mak dia sendiri pun tak panggil anak dia Aufiq. Rasanya dalam dunia ni, cuma aku sorang sahaja yang panggil dia Aufiq.


Mula kisahnya muncul nama Aufiq tu masa dia mula-mula pindah ke sebelah rumah aku. Kalau tak silap, masa tu umur aku baru 6 tahun. Lepas tu, macam biasalah kan, budak-budak kawasan neighbourhood tu main sesama la waktu petang. Petang dia pindah tu, dia pun join budak-budak lain main kat padang. Entah apa malang dia, hari tu jugaklah dia pakai baju tadika dia. Baju warna kuning dengan name tag berjahit. Dan yang lebih dasyatnya, masa tu budak-budak laki dekat padang tengan main pasir. Diorang main tiup-tiup pasir.

Si Aufiq ni pulak dengan niat mulia nak berkenalan, pergi dekat diorang. Masa tu jugaklah diorang tiup pasir. Habis terbang masuk mata Aufiq. Yang Aufiq tu pulak cepat-cepat tutup muka dia dengan tangan. Pedih la kan.

Kebetulannya, masa tu aku orang first yang perasan incident tu. Aku nak panggil dia, tapi aku tak tahu nama dia. Aku tengok kat baju dia, AUFIQ. So aku jeritlah, “Aufiq!” Terasa yang aku panggil dia, so dia angkat muka dia. Tangan yang tadinya dia tekup pada muka dia dilepaskan.

“Awak panggil saya ke?” tangannya menuding ke muka.

“Ye lah. Awak Aufiq kan? Awak tak apa-apa ke?”

“Eh? Nama saya Taufiq.”

“Eh?” aku tengok baju dia balik. Lah, nama dia Taufiq. Tadi, huruf T tu terlindung dek tangan dia.

Bermula dari situ, terjalinlah persahabatan antara kami sehingga ke hari ini. Sedar tak sedar, dah 10 tahun kami hidup berjiran. Bukan setakat tu saje, kami selalu pergi sekolah bersama-sama sebab ibu Aufiq sengaja tempatkan anaknya itu satu sekolah dengan aku. Katanya, bolehlah aku tolong tengok-tengokkan sikit anak dia tu. Macam lah anak dia ni kecik sangat, alahai.


Mata aku masih mengkaji dia ke atas dan ke bawah. Muka putih, maybe sebab family dia mix sebelah ayah dia. 175 cm wah aku takat bahu dia saje tapi sesuailah dengan muka tu. Rambut hitam normal. Seluar khaki baju putih sekolah. Tapi, personally aku rasa dia handsome. Eh, boldkan sikit perkataan HANDSOME tu! Mata dia macam, ada force of attraction je. Lawa dan menarik pandangan aku. Eh kejap, lawa ? Lelaki lawa ke ? Entahlah, tapi Aufiq lawa lah bagi aku haha. Silap-silap hari bulan kalau kantoi dengan dia ni mesti dia sepak aku lagi.

Aku tengah renung mata dia masa dia petik jari depan muka aku, “Hello cik adik! Berangan ke? Or kau dah terpukau tengok kekacakan luar biasa ni?”

Aku tergamam. Macam mana boleh tertangkap pulak? Adeh, letih aku nak kena cover nanti.

Dengan bajet selamba, aku membalas, “Hello cik abang! Sorry bebanyak ye? Bukan berangan, just being an observant. Salah ke? And,, aku rasa kau kena upgrade sikit lah style kau. Which is aku rasa kau patut stop makan lollipop macam budak pompuan empat tahun dan kau patut buat something yang orang lain tak pernah buat. Maksud aku, be different! Buat something yang tak pernah orang expect kau akan buat, and.. “

“And?” keningnya hampir bersambung.

“And special. At least untuk someone.” Nafas kulepaskan. Actually dalam hati, aku harap dia akan buat something untuk AKU!

“Then what? Kau akan jatuh cinta kat aku?” dia mula buat muka jahat.

Aku terkejut. Cover cover. Aku balas, “Sorry bro. Aku tak minat kau. You’re not my type.”

Nyata dia terkejut. “Aku pun tak minat kau. Takyah risau. Dah ada Hidayah lain dalam hati aku,” bibirnya diketap kemas dan dia membuka langkah untuk pergi dari situ.

Aku terjerit, “Hey, bila kau nak cerita pasal Hidayah kau tu? Kau cakap nak cerita kat aku!”

Dengan muka boh layan, dia berpaling, “Nantilah bila tiba masanya.”

Dia belakang dia, aku mencebik bibir, " Eleh, cakap je lah kau syok kat aku kan senang ? "


xxx


Pagi itu, aku terlewat bangun. Dan yang aku sakit hati, dahla Aufiq tak datang kejutkan aku, dia sanggup tinggalkan aku lagi. Terpaksalah aku lari untuk sampai ke sekolah dalam masa seminit. Memanglah sekolah aku tu seberang jalan aje, tapi tak syoklah lintas jalan sesorang diri.


“Hoit. Kau apasal muncung ni?” bahuku ditepuk dengan buku catatannya.

Aku memuncungkan lagi bibirku. Aku terus berjalan menuju dewan sekolah.

“Woit. Kau marah kat aku ke?”

Aku jeling dia dari atas sampai bawah.

“Hoi adik manis. Takkan sedih sampai gitu sekali sebab abang tak kejutkan adik tadi?”

Aku diam je. Kaki masih bergerak pantas.

“Em, takpelah adik masuk mood boh layan. Abang cuma nak mintak maaf je pasal tadi. Abang kena datang awal sebenarnya hari ni sebab Cikgu Nik nak jumpa. Lupa pulak nak kasitau kelmarin. That’s why lah.”

Aku berhenti dan pusing.

“Amma, nak stop bagi signal lah. Jalan busy, lampu isyarat still hijau. Jangan main stop dey adik manis. Dayah, pergi tepi sikit, kasi laluan orang lain nak guna jalan. ” Raju yang berada di belakangku tadi berkata sambil mengurut dada.

“Ayoyo Raju, sorrylah. Dayah baru teringat something tadi.” Aku menyatakan kekesalanku.

“No worry, traffic okay. Tak ada accident.” Raju menjerit, selaku pengawas yang bertugas mengawal perjalanan pelajar untuk masuk ke dewan.

“Hah? Ada apanya yang tertinggal sampai stop mengejut ni?” Aufiq mengangkat mukanya.

“Dayah lupa nak buat ni!” sekelip mata sahaja, kasut sekolah Aufiq terus kupijak kuat!

“Adeh!” dia menjerit kecil sambil menyapu-nyapu kasut hitamnya yang sudah berdebu dipijakku.

Aku segera berlari anak untuk masuk ke dewan.

Raju yang Nampak kejadian tadi berkata, “ Ayoyo Taufiq. Sama kekasih sendiri pun manja-manja ya? Beromantik pulak.”

Aufiq pandang Raju,” Apa hal pulak kau ni Raju? Kami cuma kawan.”

Aku yang berada di pintu dewan terdengar perbualan mereka.

“Kami cuma kawan, je?” getus hatiku.

xxx




HAR HAR HAR.

Meh aku cerita meh.


Cerita HidayahTaufiq ni aku mula tulis masa Form4 tau. Biasanya aku akan lipat kertas A4 dan letak dalam kocek dengan pen sebatang. Most of the time, aku start lah berjiwang segala sambil menulis. Konon-kononnya nak buat ceritalah kan. Tak kisah lah kat mana aku waktu tu. Kat dalam dewan tengah perhimpunan ke, dalam kelas waktu cikgu mengajar ke, waktu relaks-relaks petang masa riadah ke. Ada je lah masa free aku nak menulis.




Kononnya lah.







Padahal ? Cerita tu tak pernah-pernah aku sambung HAHA

So kepada orang yang pernah ter-baca cerita ni dulu, maaf lah aku tak rasa aku akan jadi rajin untuk sambung dan jadikan cerita ni macam novel kemudian korang boleh beli HAHA

( Ada orang tu pernah cakap dia akan terus tunggu dengan setianya untuk beli novel aku bila aku dah siap tulis nanti HAHA kelakar lah )





Rasanya tu je lah. HAHAH jangan gelakkan aku. Malu ah.



1 ; A I S :):

fathia azalin said...

doii, cerita gantung kau ni serius best lah :P haha