xxx
“Hah, dah sampai dah. Turun cepatlah.” Papa mula mencucuk jarum ketika aku sedang berangan.
“Aik, papa tak nak turun jumpa Nek Jah dulu ke?” Berkerut dahiku bertanya.
“Nak, tapi kejap je lah. Papa kena pergi Terengganu pulak. Mama kamu tu suruh papa temankan dia. Alang-alang kamu kat sini, boleh la papa pergi ke sana.”
Aku tersenyum, “ Ala pa, kalau nak pergi honeymoon, cakap jelah. Tak pasal-pasal nama mama jugak yang kena.”
“Banyak la modal kamu nak nyakat papa.” Getus papa sambil tangannya pantas mengeluarkan beg berisi baju-bajuku.
xxx
“Mak, saya kena pergi dulu la. Sekarang dah pukul 12, nanti lambat pulak saya sampai kat sana. Melaka dengan Terengganu bukannya dekat.”
“La, kenapa tak hantar budak ni dengan bas aje. Bukannya tak pernah dibuat orang. Tu budak Amirul tu biasa aje naik bas dari Melaka ke Kolumpo. Tiap-tiap kali dia pergi tu jugaklah mak suruh dia tolong belikan barang dapur. Baik budaknya tu.”
Aku mencebik. Terbayang di mataku wajah seorang lelaki. Siapa la yang tak kenal dia? Rasanya satu kampung kenal dia. Ye lah, anak tok penghulu la katakan. Hari-hari pergi sembahyang berjemaah kat masjid, siap jadi bilal lagi. Semua orang suka kat dia. Tapi, aku tak faham kenapa dia suka sangat nyakat aku setiap kali aku balik rumah Nek Jah.
Sambil memandang Nek Jah, aku berkata, “Hai nek, jauh shopping. Sampai Kolumpo nek suruh budak tu belikan barang dapur. Macam la kat sini takde kedai. Haha. Kenapa nek tak ikut sekali? Boleh cuci-cuci mata ke, cari calon menantu ke.”
“Ala Riana, macamlah Riana tak kenal nenek kamu tu. Kalau boleh, sampai London dia nak suruh budak Mirul tu pergi. Calon harapan la katakan.” Papa selamba menjawab.
“Hah? Calon harapan? Calon amendanya?” Aku kehairanan. Nek Jah Cuma tersenyum.
“Calon suami Riana la.” Papa berkata sambil menghulurkan tangan kepadaku.
Aku bersalam dengan papa ala kadar sahaja. Haiseh, aku yang soal, aku pulak yang terkena.
xxx
Keesokan harinya, aku bangun apabila terasa kesejukan mula menjalar di seluruh badanku. Sambil menggeliat, aku mencapai tuala di dinding. Dengan pantas, aku membuka pintu. Aku menguap kecil sambil melangkah keluar menghala ke tandas.
“Hah Mirul, tengokla tuh. Anak dara jenis apanya ni? Dah la bangun lewat, menguap tak tutup mulut.” Bebel Nek Jah sambil menjuih ke arahku.
Mak aih? Pepagi buta macam ni dah tercongok kat sini? Nasib baiklah awal-awal lagi aku cover kepala aku dengan towel. Kalau tak, jatuh maruah! Aku memandang sepi ke arah pyjamas ku. Kenapa lah aku pakai baju Hello Kitty ni semalam? Kalau tahu mamat ni nak datang, baikla aku pakai jubah dari semalam lagi.
“Pagi Nek.” Aku sekadar menegur.
“Pagi apanya, matahari dah tegak atas kepala dah tu.” Nenek berkata sambil menuangkan air ke dalam cawan Mirul. Aku hanya tersenyum kepadanya lantas masuk ke tandas.
xxx
“Hah Riana! Pergi turun ke bawah. Pergi temankan Mirul. Dia ada kat bawah pokok jambu tu.”
Sergahan Nek Jah membuatkan kuih lapis yang kutelan terasa tawar. Kenapa la aku kena temankan dia pulak? Kalau nak balik, balik ajelah. Rumah dia bukannya jauh sangat, sebelah tu aje. Dari bilik aku pun boleh nampak muka dia. Mananya tak, bilik aku duduk setentang dengan bilik dia aje. Namun, demi Nek Jah, kuturutkan juga hasrat hatinya itu.
Aku berjalan perlahan-lahan ke arah pokok jambu air di hadapan rumah kayu itu. Dari jauh lagi aku boleh nampak Mirul menguis-nguis tanah dengan seliparnya sambil membuang pandangan ke arah sawah yang terbentang luas di hadapannya. Aku meletakkan punggungku di atas gazebo kayu tidak jauh dari tempat Amirul duduk sambil membetulkan tudung yang kupakai.
Rock jugak Nek Jah ni, nama aje duduk rumah kampung, tapi rumah dia siap ada gazebo lagi. Rumah aku yang dok kat Kolumpo pun takde gazebo macam ni. Buaian je yang ada, tu pun dah berkarat. Aku tersenyum sendirian.
“Tak elok senyum sesorang. Nanti orang cakap Fatin tak betul.” Sapaan Amirul melenyapkan khayalanku.
Aku tak faham kenapa dia selalu panggil aku Fatin. Memangla tu pun nama aku, tapi sepanjang hidup aku, tak ada orang pernah panggil aku Fatin kecuali dia.
“Kenapa Mirul panggil Riana Fatin eh?” Aku bertanya.
“Saje. Sebab nama Fatin tu lawa, sesuai dengan Riana.” Dahiku berkerut. Sekejap Fatin, sekejap Riana. Mana satu yang dia nak guna sebenarnya?
“Nah, jambu. Tadi dia macam nak gugur je tapi Mirul sempat sambut.” Dengan bersahaja dia menyerahkan buah jambu air yang kemerah-merahan di tangannya.
Aku cepat-cepat ambil. Baru sahaja aku ingin bangun untuk ke paip yang tidak jauh dari situ, Amirul berkata, “Mirul dah basuh dah.” Aku tersentak. Macam tahu-tahu aje.
Aku menghayati kemanisan buah itu sambil melihat ke arah pesawah-pesawah yang bersemangat membanting padi. Amirul juga begitu.
xxx
“Lama ke Fatin stay kat sini?”
“Ermm.. seminggu je. Cuti semester kan kejap je.”
“Kenapa Fatin balik sini?”
“Saje je. Nak cuti-cuti Malaysia sambil lepas rindu kat Nek Jah.
“Kat Mirul, takde?”
“No comment.”
“Nak release tension ke?”
“Mungkin. PMR tiga empat bulan lagi. Tapi mama dengan papa tu berharap sangat dengan Fatin. Tiap-tiap minggu kena pergi tuisyen Maths sebab Fatin tak minat Maths. Selalu score rendah je. Tension jugakla kadang-kadang tu.”
“Mirul boleh tolong ajarkan kalau Fatin nak.”
“Betul?”
“Erm.”
“Kalau gitu, Mirul datang la bila-bila Mirul free.”
“Okey.”
xxx
Sejak dari itu, kami belajar bersama-sama. Memanglah sekarang ni musim cuti, tapi kerja sekolah tetap ada. Macam papa kata, sehari sekurang-kurangnya kena buat 10 latihan Maths. Tapi, apa kan daya, aku dilahirkan dengan otak yang agak bengap dan slow dalam kira-kira. Nasib, nasib.
“Okey, try jawab soalan ni.” Mirul menyerahkan sehelai kertas soalan Maths. Aku cuba menjawab dengan sebaik mungkin. Aku tak nak kebodohan aku terserlah sangat depan mamat ni. Setelah setengah jam berlalu, akhirnya aku berjaya menjawab 15 soalan yang diberi. Yes!
“Nah. Fatin dah jawab semua dah.” Kataku sambil memberi kertas itu kepadanya. Namun, tak pernah aku bayangkan hal seperti ini akan terjadi. Amirul tertidur semasa menunggu aku menjawab soalan yang diberi.
Nak perli aku sebab aku jawab lambat sangat ke memang dia mengantuk? Soalan tinggal soalan. Aku tengok aje dia tidur. Ermm,, hansome jugak walaupun tengah tidur.
xxx
“Fatin, study ke?” Terpancul kepala Amirul di jendala bilikku. Nasib baik Nek Jah sudah memberi peringatan awal-awal lagi kepadaku. Katanya lebih baik bagiku untuk memakai tudung setiap masa sepanjang berada di kampung walaupun di dalam bilik pada siang hari kerana rumah kampung terletak berhampiran antara satu sama lain dan senang-senang aje kita boleh intai barang yang ada dalam rumah orang sebelah.
“Haah. Naper?”
“Takde, saje je tanya.”
“Kenapa Mirul suka sangat panjat dinding bilik Fatin ni?
“Suka-suka. Senang sikit nak tanya khabar Fatin.”
“Tak letih ke nak panjat tu?”
“Tak, sebab pakai tangga.”
“Tangga?”
“Tangga kayu.”
“Oo,, patutlah. Kenapa nak tanya khabar kena ikut dinding? Kenapa tak jumpa Nek Jah jugak?”
“Tak nak, nak tengok muka Fatin. Hehe.”
Aku mencebik. Malu.
“Tak bosan ke tengok muka sama?”
“Tak.”
“Kenapa?”
“Sebab Fatin cute.”
xxx
Begitulah dialog wajib kami sehari-harian. Setiap hari ada sahaja alasan untuk memanjat dinding bilikku.
“Sebab Fatin cute.”
“Sebab Fatin comel.”
“Sebab Fatin lawa.”
“Sebab Fatin cantik.”
“Sebab Fatin manis dipandang.”
“Sebab Fatin nampak sweet sangat bila pakai tudung.”
“Sebab muka Fatin muka matured.”
Dan banyak lagi. Tetapi, alasannya yang terakhir membuatkan dadaku sedikit sebak.
“Sebab nanti Fatin akan rindukan Mirul.”
xxx
“Eh, kenapa dengan Riana tu? Sebelum ni aku tengok dia macam biasa aje. Tiba-tiba aje murung. Dia ada problem ke?” Julia bertanya kepada Jo.
“Ntah. Family problem kot.” Jo menjawab selamba.
“Kau yang duduk sebelah dia pun tak tahu ke?” Julia masih tidak berpuas hati.
“Tak. Dia dah tak banyak cakap dengan aku dah. Masa rehat pun dia makan bekal dia aje. Tu pun sikit aje.”
“Dia sakit ke?”
“Yang tu aku tak pasti.”
xxx
“Kau nak pergi mana ni Riana?”
“Aku nak duduk kat seat belakang la.”
“Kenapa pulak?”
“Aku nak study senang sikit. Kat sini bising la.”
“Kita sama-sama pindah dok kat sanalah.”
“Tak payahla. Aku nak dok sesorang.”
“Kau sure?”
“Erm.”
“Kalau kau nak pape, kau bagitau aku eh?”
“Ye, kalau aku tak faham apa yang cikgu ajar, aku cari kau.”
“Okey.”
Sekarang aku tidak lagi duduk di sebelah Jo. Aku duduk di barisan belakang sekali dalam kelas. Duduk seorang diri. Tapi, aku tak kisah. Ini kemahuanku. Aku lebih selesa bersendirian.
xxx
“Hansomekan budak baru tu?” Julia mengangguk.
“Kau syok kat dia ke Jo? Janganlah.” Julia merayu. Aku sekadar mendengar.
Budak baru? Ada budak baru ke? Oh, budak yang duduk sebelah aku hari tu kot. Dan sebab tu lah aku pindah ke tempat asal aku balik. Lebih baik aku duduk sebelah Jo daripada duduk sebelah orang yang aku tak kenal. Lelaki pulak tu.
“Kenapa pulak jangan?” Jo bertanya.
“Tak la. Aku kesiankan cik abang kau.” Julia menjawab.
“Ke kau pun syok kat dia?” Jo mengagak.
“Eh, taklah. Aku dah reservekan dia untuk someone. Lagipun dia dah minat seseorang.” Pantas Julia menafikan.
xxx
“Okey, kertas soalan yang cikgu baru dapat ni sikit je. So kena share. Kertas tu ada 14 je, jadi setiap helai kongsi 2 orang. Awak semua pilih sendiri partner masing-masing.”
“Jo, kita dua.” Julia mengatur.
“Okey.” Jo bersetuju.
Dan begitulah orang lain. Kecuali aku.
“Ariana Fatin, awak dah ada partner?” Soalan Cikgu Siti membuatkan aku tersentak.
“Takde cikgu.”
“Kalau gitu, awak kongsi dengan pelajar baru, Amirul.”
Amirul? Kenapa la nama dia Amirul? Nama lain tak boleh ke? Apa khabar eh Mirul? Sihat ke dia? Agaknya kalau aku balik rumah Nek Jah, dia still akan panjat dinding bilik aku lagi ke tak? Dia rindukan aku ke tak?
“Riana, awak pergi duduk sebelah Amirul. Senang sikit nak kongsi kertas.” Cikgu Siti memberi arahan kepadaku. Aku berjalan malas ke sana. Tanpa memandang ke arah partner ku, aku duduk. Aku menjawab soalan yang ada pada kertas soalan tu tanpa memalingkan muka sedikit pun ke arahnya. Dia mula menegurku, tetapi aku tidak memandang langsung ke arahnya. Tanganku masih laju berlari di atas buku latihan Maths.
xxx
“Ariana Fatin kan?”
“Jangan panggil saya Fatin!”
“Kenapa?”
“Saya tak suka.”
“Okey.”
“Budak baru ke?”
“Tak la baru sangat. Nak dekat sebulan jugaklah.”
“Sorry tak perasan.”
“Biasalah tu. Kalau hati dah berpunya, lelaki lain dah tak pandang dah.”
“Huh?” Aku memandangnya buat pertama kali. “Betul ke ni? Amirul? Mirul?”
“Haah, kenapa? Tak percaya?” dia menyoalku sambil tersenyum.
“Kenapa Mirul pindah tak bagitau Fatin pun.”
“Kena bagitau Riana ke?”
“Mirul boleh panggil Fatin Fatin. Bagitau la. Kenapa pindah sini?”
“Sebab Mirul tau yang Fatin rindukan Mirul.”
Gahh, mukaku terasa panas sekali. Aku kena bagitau Mirul perasaan aku. Aku perlu! Nafas panjang kuhela, baru sahaja aku melepaskannya, Amirul memberitahu kepadaku sesuatu. Sesuatu yang membuatkan aku tersenyum lebar. Teramat-amat lebar.
“Dan Mirul tahu yang Fatin sayangkan Mirul.”
A story by:
Nur Amira Azreen :)
* Terima kasih kerana sudi membaca karya buruk ini.
-------------------------------------------------------
Setelah beberapa tahun berlalu, (sekarang 2012, ini cerita 2008)
kita akan cakap macam ni,
" LIKE SERIOUSLY ? SERIOUSLY ? SERIOUSLY ? "
HAHA pardon me. Bila budak form 3 bersungguh-sungguh nak menulis sebelum akhir 2008, that's how it was. Dahsyat.
Anyway, sekarang bila dah besar, it doesn't make sense anymore.
Like, hey ada student baru masuk kelas. And kau tak tahu ? Tak perasan ? Tak pernah tengok muka dia ? LIKE SERIOUSLY ? :O
Inilah penipuan terbesar dalam cerita ini HAHA
Terima kasih kerana melayan sahaja cerita tak logik ini HEHE
Adios, jumpa lagi dalam cerita lain (kalau ada).
Oh mungkin cerita lain nanti akan lebih logik HIHI :D
Amira Azreen,
4/5/2012
0 ; A I S :):
Post a Comment