“Semalam ada budak baru joint tuisyen kitaorang. Hansome giler!Rugi kau tak pergi tuisyen sekali dengan aku.” Aku terus memuntahkan cerita terbaru kepada Maira tanpa menunggu jawapan darinya. Maira sekadar mengangkat mukanya sambil menyuap nasi goreng cina yang dibawa dari rumah. Aik, tengok aje? Takkan takde respon kot? Entah entah kawan aku ni dah hilang nafsu kat laki kot. Hais, selisih malaikat 44 la.
“Hansome sangat sangat ke?” soal Maira sambil menghirup air sirap dalam cup.
“Boleh la tahan. Ada Chinese look gitu. Tinggi lampai woo. Putih melepak.” Sepantas kilat aku menjawab.
Maira mengangguk-angguk kecil. “Lebih kurang dengan sorang budak tuisyen aku jugak. Sedap mata memandang. Selalu pakai baju merah. Dia putih, so nampak cool je.” Sambung Maira sambil tersenyum simpul.
“Kau syok kat dia ek?” aku meneka. Wajah Maira berubah serta-merta, “Gila kau. Kita kan budak sekolah lagi. Lagipun, aku tak minatla couple couple ni. Bukan masanya lagi.”
“Ala, aku tanya kau syok kat dia ke tak je, yang kau sampai melayang ke couple couple tu pesal? Kalut ribut aje. Kalau ye pun minat, cakap jelah. Bukannya aku kenal mamat tu.” Sengaja aku ingin menduga Maira. Hurm.. sah, sah. Memang dah tangkap cintan la ni!
“Suka hati kau la. Eh jomla. Dah nak masuk kul sepuluh dah ni. Karang teacher masuk, tak pasal-pasal kena soal pulak.” Maira cuba cover line sambil menarik tangan aku. Air di atas meja kuhirup seexpress mungkin. Kawan-kawan yang lain mula bergerak meninggalkan kantin.
“Hoi, tunggu aku!” aku berlari mendapatkan mereka.
xxx
Kami baru sahaja selesai membeli jambu batu ketika Maira membuka cerita mengenai lelaki yang diminatinya itu. “Wah, cute la dia semalam. Sukanya hatiku.”“Haha, kan betul cakap aku. Kau memang dah tersyok kat dia. Nak tapi tak ngaku.” Kataku sambil mencebik. Geng kami yang lain hanya mendengar sambil terus berjalan. Aku dah agak dah. Maira sengaja beli jambu tu lelama. So, bolehla kitaorang jalan row belakang sekali.
“Actually, aku bukannya sampai tersyok kat dia. Cuma, aku suka tengok dia je. His face brightens my day. Kalau tak nampak muka dia sehari, rasa cam tak best je. Kau faham tak?” Maira berpaling kepadaku.
Aku menjeling ke arahnya sambil tanganku menyuap jambu batu ke dalam mulut, “Betul ke kau ni? Habis tu 5 hari kau pergi sekolah tiap minggu, kau macam enjoy je. Sehari tak nampak tak best konon. Takde beza pun.”
“Ala, sekolah lain. Kita sekolah pompuan je, takde la terasa bosan sangat. Tusiyen luar kan mix, dah la tu tak kenal sesapa pulak tu. So, bila aje nampak muka dia, aku jadi bersemangat je nak belajar.” Panjang lebar Maira mengukuhkan penyataannya.
“Jap jap. Maksud kau gini: kalau kau pergi tuisyen dan kau nampak muka dia, kau ada feeling nak study. Tapi kalau kau tak nampak muka dia, kau tak berapa nak study la. Gitu?” aku mengagak. Cuba meleraikan kekusutan yang bersimpul sirat pada ayat-ayat Maira.
“Bukanla sampai tak berapa nak study, cuma tak bersemangat aje. Boleh study tapi tak syok.” Maira membetulkan penyataanku.
“Okay, I get it. Huh, finally!” aku mengangguk beberapa kali sambil menghembus nafas sekuat volume 6. Maira tersenyum.
xxx
“So, amacam dengan budak cina tu?” soalan cepu mas Maira membuatkan aku mengangkat mukaku dari terus menatap buku teks Sejarah.
“Huh? Budak cina? Sape? Apek yang hantar newspaper rumah aku tu ke? Macam tu la, still pakai singlet putih, still kayuh basikal sambil korek hidung. Takde perubahan. Maintain.” Aku menjawab sambil menggosok-gosok mataku. Mata mana yang tak mengantuk kalau hafal subjek macam Sejarah.
“Haha, bukan Ah Seng. Budak tuisyen kau.” Maira menguap sambil stretch tangannnya ke depan mukaku dan ke atas.
“Oh, mamat tu. Dia Melayu la, tapi muka aje putih macam hantu Cina.” Aku berkata. Sambil menyeluk saku, aku menyambung, “Masih sama. No progress. Cuma aku baru dapat tahu banyak info pasal dia.”
“Info amenda?” Maira bertanya penuh minat. Aku mengeluarkan dua biji cokelat Gulas sambil melemparkan sebiji kepada Maira. “Dia budak sekolah WBC, bapak dia lawyer, mak dia accountant.”
“Woo, sampai mak bapak dia keje ape pun kau gali? Cayalah! Budak WC? Oh, aku tabik springla. Mesti otak scientist ni.” Maira tampak bangga dengan kejayaanku mengorek identiti budak tuisyenku itu.
“Laki kau?” giliranku pulak bertanya.
“Laki? Aku takde laki. Status aku: bujang. Masih belum berpunya.” Maira selamba menjawab.
“Wehh, seriusla. Budak happy face tu apa khabar?” aku nak jugak tanya.
“Macam tu jugakla. Aku dapat tau yang dia pun budak otak kancil, sekolah WBC gak. Anak tunggal. Bab keje mak bapak dia aku tak pernah sentuh. Dia dok kat Taman Mega, rumah dia sebelah rumah YB, depan rumah Mak Jeng, kalau pandang arah barat nampak rumah kedai Ali Buncit, sebelah timur nampak taman sampah terbiar, sebelah selatan kandang lembu Yeop anak sedara Ah Hua, pastu kalau arah timur pulak, seclear-clearnya nampak rumah warna putih atap biru. Rumah aku. Haha, amacam?” Maira meluahkan segala yang dia tahu.
“Oh, rumah besar tu ke? Cayalah,laki kau anak raja. Pandai kau cari laki.” Aku memuji seikhlas mungkin.
“Yela tu. Entah entah laki aku, apek kau. Siapa yang naya?” tekaan Maira membuatkan aku membisu.
“Mungkin jugak. Jom kita check. Kita sama-sama sebut nama dia, kereta apa dia naik, warna ape. Sekaligus, boleh? So takde la kes kau tiru jawapan aku ke aku copy kau punya jawapan ke. Okay?” aku member i idea.
“Aku okey je.” Maira menjawab.
“Okey, one two three.” Aku mengira. “Go!”
“Ahmad Fariz Dhani, mini cooper hitam putih!” serentak kami menjawab. Kemudian, kami dua-dua terdiam. Gila, terminat orang sama. Selepas dua minit membisu tanpa kata, Maira memecahkan kesunyian, “Aku tak minat dia, kau nak, ambil la. Aku tak kisah.”
“Tak pernah aku imagine benda macam ni boleh jadi. Tapi aku tak minat dia, kau nak kaulah yang ambil.” Aku cuba berlagak selamba; menutup keresahan yang mula menular dalam sarang hatiku.
“Huh, tak payah nak cover la Shan. Betul ni. Aku tak minat kat dia pun, suka gitu gitu je. Dengan penuh bangganya, aku serahkan Ahmad Fariz Dhani kepada Tengku Shaifa Najwa or Shan; kawan terbaik aku!” Maira bersorak penuh gembira.
“Okey, aku terima serahan Maira Malek dengan mas kawen berupa sebiji cokelat Gulas. Sah?” soalku kepada Maira sambil melontar sebiji Gulas lagi.
“Sah, sah kau memang hantu Gulas!” aku berkata. Kami berdua ketawa penuh bahagia.
xxx
“Berita terkini?” aku menjerit.
“Woi, slow down babe. Ni aku tak suka pasal kau, kalau terkejut sikit je, boleh buat orang sakit jantung mati terus.” Maira membebel di telingaku.
“Sorry. Cepatla cakap. Aku dah tak sabar nak dengar dah ni!” kugesa Maira supaya mendedahkan berita terbaru mengenai Fariz yang diketahuinya.
“Okay, kau amik nombor ni. 017-9******.” Arahan Maira kuturut tanpa bantahan.
“Nombor sape ni?” terkeluar juga soalan itu dari bibirku.
“Fariz.” Tenang sahaja Maira bercakap.
“Hah? Fariz? Serius? Mana kau dapat? Kau jangan nak tipu aku, nanti siapla kau.” Riak terkejut jelas terpamer di mukaku ketika itu. Volume di telefon turut kukuatkan. Manalah tahu, kot-kot aku salah dengar.
“Suke hati kau la.” Suara Maira yang kedengaran agak keras disambut dengan dengusannya. Gagang telefon di sebelah sana dihempas kuat. Maira marahkan aku ke? Tak kan la sebab benda sekecik tu pun dia jadi naik angin. Datang bulan kot.
xxx
‘Fariz ke ni?’
‘Haah. Ni sape?’
‘Shaifa. Shaifa Najwa. Pggl Shan je.’
‘Yg tuisyen dgn Mr Cheng tu?’
‘Haah. Knal ke?’
‘Rsnya btulla awk. Yg dtg dgn kete Savvy hijau tu kn?’
‘Btulla tu. WBC studnt kn?’
‘Erm, awk?’
‘WGC.’
‘Iye? Kira pdnla kita bdua.’ Hati berbunga girang. Berputar-putar laju macam iklan sakit tekak tu. Mujurlah ada Strepsils.
xxx
“Fariz message dengan aku semalam.” Aku cuba mencuri tumpuan Maira. Tiada respon.
“Mai, kau dengar tak aku cakap ape tadi?” kukuatkan sedikit suaraku. Maira mengangkat kepala. Diangkat selamba dua keningnya. Matanya seolah-olah menjeling kepadaku. Malas layan la tu.
Entah kenapa, sejak akhir-akhir ini, layanan Maira agak dingin terhadapku. Sikapnya mula berubah sejak hari dia menelefonku. Aku tahu, seboleh-bolehnya dia tidak mahu lagi kami menyentuh soal Fariz tetapi aku tetap mahukan nombor telefon Fariz. Kupaksa Maira untuk mendapatkan nombornya untukku. Maira tidak membantah, sebaliknya mengemukakan satu syarat. Syaratnya, itu adalah kali terakhir aku meminta bantuan daripadanya. Bantuan yang ada kena mengena dengan Fariz. Selepas ini, aku tidak boleh lagi menyuruhnya membuat apa-apa yang ada bersangkut-paut dengan lelaki itu.
Tapi kenapa? Dia dah jadi anti-Fariz ke? Kenapa tetiba pulak? Dalam bilikku petang itu, kubuka diari pink berbelang-belang putihku. Kubelek ke halaman kosong. Tangan pantas memecut di atas garisan biru nipis; mencatat taip-tiap bait luka dan kesedihan yang menimbun di dalam dada.
xxx
“Shan, pergi jengok siapa yang datang tu.” Ibu yang berada di dapur menyuruhku. Sambil berlari-lari anak, aku mengangkat kain sarungku tinggi sedikit dari pergelengan kaki. Bimbang kalau-kalau aku terjatuh nanti. Tanpa mengintai dari jendela, kukuak pintu utama. Biar betul? Fariz memang tak tipu aku. Dia datang jugak ke majlis ni. Dia datang untuk sambut birthday aku. Yay!
Mulanya, aku tak percaya bila Fariz cakap dia nak datang masa majlis makan-makan yang ibu akan buat. Katanya, dia ada hadiah special untuk birthday ku. Hidungku kembang tak kuncup-kuncup. Tapi, boleh percaya ke? Dan kini akanku beritau satu dunia yang: FARIZ MEMANG TEPATI JANJI!
Fariz yang berkemeja stripes putih merah berlatar belakangkan warna hitam kujemput masuk. Papa mula memainkan peranannya. Fariz dijemput duduk di ruang tamu. Air dihidangkan. Sesi berkenalan dimulakan. Aku yang berusaha untuk mengintai dan mencuri dengar perbualan mereka dicuit perlahan oleh Bibik Santi.
“Non, ibu manggil. Dari tadi lagi. Kok ngintai-ngintaiin segala? Ngapain ga’ duduk sekali sama bapak sama mas Fariz? Yo’ ke dapur, non.” Lancar Bibik Santi mengeluarkan ayat yang mematikan niatku untuk terus berada di situ. Segera ku ke dapur mendapatkan ibu. Kubantu apa yang perlu.
Sebelum pulang, Fariz menyerahkan sekeping CD kepadaku. “Nanti Shan tengok ye? Okay, Fariz balik dulu. Bye.” Dan dia melangkah pergi.
xxx
Kaki sepantas leopard kuhayun ke bilikku di tingkat dua. Dari jendela, aku nampak susuk tubuh Fariz keluar dari halaman rumahku. Sejurus selepas itu, dia menghala ke arah sang mentari yang sedang menyedut kecerahan petang hari. Aik? Bukanke rumah dia sebelah sana ke? Gusar di hatiku mula menggunung.
Terbatal niatku untuk menonton CD yang diberikan tadi. Mungkin cerita yang bakal kusaksikan ini jauh lebih seronok untuk ditonton berbanding CD tadi. Langkah Fariz berhenti di hadapan satu bayang-bayang. Perempuan. Siapa perempuan tu? Fariz kemudiannya bercakap sesuatu kepadanya. Perempuan itu tunduk dan mengangguk-angguk perlahan. Mereka berjalan pergi. Mereka pergi dengan berpimpin tangan. Degup jantung semakin kencang. Siapa sebenarnya budak tu? Kekasih dia? Kakak? Tapi, tak logic adik akan berpimpin tangan dengan kakak sendiri.
Tutt tutt. Satu mesej masuk. Mai! Aku segera membacanya. Mesejnya pendek dan mengelirukan aku.
“Maaf aku tipu kau. Happy birthday kawan.”
Kebuntuan di kepalaku menyebabkan otakku jadi berserabut. Lebih baik aku pergi mandi. Boleh rehat kejap. CD yang tadi digenggamanku kulempar ke bawah katil.
xxx
“Ibu, jomla shopping. Bosanla dok kat rumah.” Aku merengek bak anak kecil. Ibu sekadar menggeleng malas. Matanya masih tertancap di majalah Heaven.
“Pa, jomla. Temankan Shan je, please?” giliran papa pula dipujuk. Papa tersenyum padaku.
“Kenapa tak ajak Mai je? Papa busy la. Tengah hari ni ada meeting dengan pengurus Ngokngek Holdings. Lain kali ye?” senyum disimpul lagi.
“Mai dah berubah pa. Dia dah tak layan Shan lagi.” Ada nada merajuk dalam kataku.
“Biar Pak Mat je la yang hantar. Nanti ibu pesan kat dia, ye sayang?
xxx
Gege Mall masih sesak dengan jutaan makhluk. Wangian yang pelbagai menusuk-nusuk ke dalam lubang hidungku. Hurm,, nasib baiklah lubang hidung aku kecil. Kalau la besar sikit, dah lama aku hembus manusia-manusia ni masuk kandang lembu dalam zoo. Bolehla diorang temankan beruk-beruk maknyeh yang kesunyian kat zoo tu.
Perff Shop kujejak. Setengah jam kemudian, aku keluar dengan membimbit plastic berisi tiga botol minyak wangi. Untukku, ibu dan papa. Worms pula menjadi pilihanku. Majalah Heaven, REmajalah dan suratkhabar Sinar Hari ini, Esok dan Lusa kusumbat ke dalam plastic yang sama. Perjalanan diteruskan.
Dari belakang, aku melihat dua pasangan yang sedang dilamun cinta berpimpin tangan. Romatik gile! J-lost aku dibuatnya. Bila la agaknya tanganku yang putih dan lembut ini akan dipimpin? Semamangnya, tanganku lembut. Dialog dalam iklan Daia; lembut di tangan tu adalah idea asalku. Semuanya kerana tanganku ini. Lembut sekali.
Pasangan tadi masih bergurau senda. Ais krim di tangan sang lelaki sengaja diletakkan di pipi kekasihnya. Mak aih! Bermesra la pulak. Perempuan itu yang agaknya tetiba rasa sejuk di pipi berpaling kepada kekasihnya. Sang lelaki hanya tersenyum lantas disambut dengan ketawa sang perawan. Mereka bercakap dan wanita itu menghilang seketika. Aku yang terasa seolah-olah bladderku sudah full, segera berlari ke ladies.
Sesudah itu, aku berkira-kira untuk ke sinki untuk membasuh tangan. Dari pintu toilet yang kulawati tadi, aku nampak seolah-olah sang perawan tadi sedang menilik mukanya di hadapan cermin. Aku mengambil tempat di sebelahnya. Selepas tangan disabun dan dibasuh, aku berpaling kepadanya. Mai?
xxx
Nyata, dia juga terkejut. Kalau betul yang aku tengok tadi Mai, sebelah dia sape? Mai bergegas keluar. Aku semakin keliru dengan tindak-tanduknya. Handbag kutarik kuat dan aku merempuh pintu masuk ke tandas itu untuk keluar.
Mai berlari ke arah lelaki yang berpimpin tangan dengannya tadi. Dia berpaling padaku. Lelaki itu juga begitu. Aku terpana. Fariz?
xxx
“Aku benci kau!” terluah juga apa yang terpendam di hatiku sepanjang perjalanan pulang tadi. Jelas, jeritan itulah yang telah mengeheret ibu dan papa untuk naik ke bilikku.
“Masya-Allah, Shan. Shan okey?”
“Kenapa berselerak semua benda ni? Apa dah jadi?”
“Astaga non. Biar bibik aja ngemasin, ya? Non turun aja.”
Aku dah agak dah. Dialog itulah yang akan dilafazkan oleh mereka. Mana tidaknya, aku dalam keadaan yang berserabut. Balik tadi, tudung di kepala terus kubuang. Rambutku kusut masai. Segala bantal kulempar ke atas lantai. Cadar katil kuseret dan kupijak-pijak. Buku-buku cerita yang bersusun elok di rak kusepah-sepahkan. Alat-alat solek di atas meja kutolak tepi. Malah, ada barang-barang kaca yang jatuh telah pecah berderai.
“Shan pergi mandi. Guna toilet mama.” Aku menurut bagaikan orang yang dipukau.
“Aduh!” ku angkat kakiku. Ada darah yang begitu laju mencurah-curah keluar. Sekuat mungkin, aku tarik keluar serpihan kaca yang menusuk ke dalam tapak kakiku. Ya Allah, sakitnya tidak dapat kuungkapkan dengan kata. Namun, luka di hati ini ternyata lebih dalam sakitnya.
xxx
“Aku dah tak berminat nak tahu pasal Fariz. Sorry.”
“Kau dah benci dia ke?”
“Tak. Aku kan bagi kau pinjam dia. Selesailah masalah kau.”
“Hah? Pinjam? Tak faham aku.”
“Nanti kau fahamlah.”
Ye, aku dah faham sekarang, Mai.
xxx
“Papanya, cuba awak tengok CD ni. Rasanya kita dah dapat jawapan kenapa Shan mengamuk sakan petang tadi.” Ibu berkata sambil menyerahkan CD itu kepada papa.
“Nanti saya pasangkan.” CD beralih tangan. Papa memasukkan sekeping cakera padat dan menekan sesuatu. Beberapa saat kemudian, muncul wajah Fariz. Fariz dan Maira. Pandangan kosong yang kubuang ke lantai tadi beralih arah ke tv pula. Setiap bait-bait kata mereka merobek hatiku. Terasa seperti hati ini disiat-siat.
“Shan, Happy Birthday.”
“Shan, Happy Birthday. Sorry sebab tak datang jamuan yang kau buat. Aku rasa bersalah kalau aku datang.”
“Kitaorang nak mintak maaf sebab tipu kau.”
“Ni semua idea aku. Masa kau cakap kau minat kat Fariz, aku cuba terima. Cuba terima yang jodoh aku takde dengan Fariz. Bila kau mintak nombor Fariz, aku sasau. Aku tak tahu nak bagi ke tak. Last-last aku bagi jugak. Sebab aku sayangkan kau. Sebab aku sayangkan persahabatan kita. Tapi aku silap kira. Fariz tak pernah berubah hati. Dia tetap setia kat aku masa kau sibuk-sibuk message dengan dia.”
“Shan, sorry. Saya takde niat pun nak sakitkan hati awak. Saya message dengan awak pun sebab Mai. Dia yang suruh. Dia ada cakap yang awak minat kat saya, tapi saya lebih sayangkan dia. Sorry. Saya tahu yang ni bukan hadiah special yang awak harapkan. Tapi, sekurang-kurangnya saya lega sebab dapat revealkan cerita sebenar.”
Video tamat.
xxx
“Aku pun sayangkan persahabatan kita. Aku sayangkan kau, Mai. Aku sayangkan Fariz. Tapi, aku terpaksa buat semua ni. Demi kebahagian kita semua. Maafkan aku.”
xxx
“Shan, kau katne?”“Belakang kau. Baik kau mengucap.”
“Hah? Kenapa?”
“Mengucap jelah.”
“Oh, okay. I’m done.”
“Maafkan aku sebab buat kau macam ni.” Pisau yang ada di tangan terus menusuk ke perut Maira. Jeritannya kedengaran. Pisau ditarik kembali. Seorang dah bahagia, seorang lagi.
xxx
“Fariz, maafkan saya.”
“Saya yang kena minta maaf. Nampak Maira tak?”
Nama tu lagi. “Tak. Cuba awak mengucap.”
“Kenapa?”
“Saje.”
Dia diam dan mengangguk. “Beres.”
“Sorry.”
“Kenapa?” soalan tinggal soalan. Pisau yang sama turut menikam mangsa kedua. Fariz menjerit perlahan kemudian senyap. Semoga korang berdua bahagia. Selamat tinggal ibu papa. Bye bye semua.
Pisau yang telah meragut dua nyawa kini menanti mangsa ketiga. Aku mengucap panjang. Aku ada sebab tersendiri kenapa aku buat macam ni. Nafas kuhela. Pisau bertukar posisi. Bahagian yang tajam menghala ke perut. Dan perlahan-lahan ia menyentuh epidermis aku. Semakin dalam. Dan lebih dalam. Isi dalam berisi air merah memancut keluar. Semakin lama semakin banyak. Dan aku terlena dalam mimpi yang panjang.
xxx
Terfikirkah kau macam mana aku boleh bagitau kau kisah ni? Sebab aku sedang tengok kau saat kau baca kisah aku ni. Aku nampak kau. Aku nampak kau senyum saat kau baca ayat Ngokngek Holdings. Kau rasa cerita ni ada unsur-unsur kegilaan melampau kan? Aku pun sama. Tragis. Keganasan melampau, ku akui.
Ye, aku nampak kau. Senyumlah padaku dan akanku balas dalam mimpi tidurmu nanti - Shan
Another story by:
Nur Amira Azreen :)
*Komen anda sangat diharapkan. Terima kasih kerana sudi membaca karya buruk ini.
-----------------------------------------------------------
Hai.
Sekarang 2012, that was written in 2008.
Sehari sebelum masuk 2009.
(Nampak sangat nak kejar dateline HAHA )
Seperti contengan pertama,
" LIKE SERIOUSLY ? "
Pandai pulak mengajar orang mengucap pastu bunuh-bunuh.
HAHHA joke terbaik sepanjang 2008.
Bila baca balik hari ni, it was like
(=__=')
HAHAHA
Maafkan 'dia' yang menulis cerita begini emosi.
' Dia ' cuma saya yang berusia 15 tahun yang mahu buru-buru tulis dan publish cepat-cepat.
We'll try a better one, soon.
Salam :)
- Amira Azreen ; 4-5-2012
0 ; A I S :):
Post a Comment